Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2012: Penghujung tahun lalu, industri hiburan tempatan dan Singapura dikejutkan dengan berita pergaduhan yang melibatkan penyanyi Amanda Imani dan ahli kumpulan Sleeq iaitu Syarif.
Berikutan kes ini, hubungan kawan atau cinta yang dihebohkan sudah semakin renggang apatah lagi mereka berdua dikhabarkan tidak mahu bersemuka lagi.
Bagaimanapun, bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarif telah memohon maaf secara terbuka dengan Amanda.
Mohon maaf itu telah disaksikan oleh ahli Sleeq seorang lagi iaitu Alif bersama ejen murai.com.my, Ajieb Rosdi yang mana segala tindakan kedua-dua figura ini telah dirakamkan krew Propaganza.
"Saya memohon maaf dan berharap perkara yang berlaku sebelum ini dijadikan teladan. Saya juga mahu peminat faham," ujarnya.
Tidak mahu meleretkan perkara ini, Amanda bersetuju dan memaafkan Syafif. Malah, sebaik saja rakaman tamat, mereka berdua kembali mesra dan tidak kisah untuk gambar bersama.
Jangan lupa saksikan rakaman esklusif ini dalam Propaganza edisi raya episod kedua yang bakal ditayangkan pada 26 Ogos 2012 di Astro Ria dan Astro Mustika HD.










