Peminat Ajak Robert Pattinson Berkahwin!

berita | Luar Negara

Peminat Ajak Robert Pattinson Berkahwin!

addthis kongsi icon

LOS ANGELES, 14 OGOS 2012: Sejak tersebarnya berita tentang kecurangan Kristen Stewart dengan pengarah Rupert Sanders yang berstatus suami, Robert Pattinson telah dihujani dengan pelbagai jenis hadian daripada peminat tegarnya.

Selain cokelat dan bunga-bungaan, aktor berusia 26 tahun ini juga turut menerima ucapan serta lamaran perkahwinan daripada peminatnya.

"Robert ternyata amat tersentuh dengan sokongan dan sifat prihatin yang ditunjukkan oleh peminatnya sejak berita kecurangan Kristen Stewart dengan Rupert menjadi tajuk utama akhbar.

"Pelbagai jenis cokelat, bunga ros dan nota yang menghentam Kristen diterimanya. Malah ada yang bertanya khabar tentang dirinya serta mengajaknya untuk berkahwin.
Namun, semua hadiah tersebut telah dihantar kepada hospital tempatan dan rumah kebajikan orang-orang tua supaya ianya dapat digunakan dengan sebaiknya.

"Bukannya dia tidak menghargai pemberian peminat tetapi dia berasakan dia tidak layak memperolehi hadiah-hadiah tersebut dan tidak mahu ianya terbuang begitu saja.

"Sebab itu dia menghantar hadiah-hadiah tersebut ke tempat yang sepatutnya," kata satu sumber memberitahu.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda