Aktres Jennifer Aniston Sudah Pun bertunang

berita | Luar Negara

Aktres Jennifer Aniston Sudah Pun bertunang

addthis kongsi icon

LOS ANGELES, 14 OGOS 2012: Baru-baru ini kedengaran khabar angin yang mengatakan bahawa hubungan aktres Hollywood, Jennifer Aniston dengan kekasihnya Justin Theroux sudah mula goyah. Namun, siapa sangka di sebalik khabar angin itu, siapa sangka bahawa Jennifer Aniston dan Justin Theroux sudah pun bertunang.

Menganggap bahawa Aniston, 43, adalah cinta hatinya, Theroux telah melamar kekasihnya selama 18 bulan pada Jumaat lalu dan ianya merupakan satu momen yang cukup bermaknan buat aktor dan penulis skrip tersebut apabila Aniston mengatakan ya.

Apatah lagi ianya terjadi pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-41 yang turut jatuh pada hari tersebut.

Pada June lalu, pasangan yang telah membintangi filem Wanderlust ini dilihat telah menghabiskan percutian romantik mereka di Eropah dan turut singgah di kepulauan Capri di mana mereka telah menghabiskan malam mereka di sebuah hotel yang biliknya berharga USD3,750 semalam. Mereka juga turut bersantai dengan bermandikan matahari di atas bot yang bernama Liberty of Lymington dengan sewa sebanyak USD17,555 seminggu.

Percutian tersebut sememangnya satu impian buat Aniston dan Theroux sangat memahami akan hal ini dan disebabkan itu, dia sanggup membawa Aniston bercuti di beberapa tempat kegemarannya.

Mereka memulakan percutian mereka di Paris diikuti dengan Rome. Minggu lalu, Theroux turut menjenguk Aniston di Wilmington, North Carolina di set lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, We're the Millers.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: