Aamir Khan: Salman Khan Lebih Popular Dari Saya

berita | Luar Negara

Aamir Khan: Salman Khan Lebih Popular Dari Saya

addthis kongsi icon

MUMBAI, 14 OGOS 2012: Bukan mudah untuk memberikan pujian terhadap pesaing anda, namun itulah yang cuba dilakukan Amir khan. Dalam satu wawancara bersama sebuah akhbar harian, aktor filem Maan ini mengakui bahawa dia adalah peminat besar Salman Khan dan gemar menonton filem-filem lakonan aktor bertubuh sasa itu.

Bagaimanapun, Aamir Khan enggan membandingkan dirinya dengan Shah Rukh Khan. Apabila ditanya siapakah Khan yang paling gah sekarang ini, Aamir Khan berkata, dia tidak berupaya untu menilai dirinya sendiri.


Tapi, apa yang saya lihat, buat masa ini, populariti Salman memang sedang berada di kemuncaknya dan ia membuatkan saya percaya bahawa Salman lebih popular daripada saya.

"Saya peminat Salman. Saya gemar menonton filem-filem lakonannya. Saya juga ingin berkongsi satu rahsia.Saya tidak tahu bagaimana cara untuk bersiul tetapi setiap kali Salman melakukan prebiu filemnya untuk saya, saya akan membawa wisel plastik supaya dapat bersiul untuknya.

"Saya tidak tahu mengenai Shah Rukh Khan. Saya tidak dapat membandingkan diri saya dengan dia," katanya.

Ini bukan kali pertama, Aamir Khan memberikan pujian kepada Salman dan Aamir Khan yang sentiasa mementingkan kesempurnaan di dalam kerjaya lakonan dan pengarahnnya ini juga percaya bahawa filem terbaru lakonan Salman iaitu Ek Tha Tiger bakal menjadi superhit.

"Saya sudah melihat promonya dan amat menyukainya. Perkara ini telah saya nyatakan kepada pengarahnya Kabir, Adi (Produser Aditya Chopra) and Salman sendiri. Saya percaya filem ini akan meletup," katanya.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda