Ibu Hans Issac, Bapa Fauziah Gous Meninggal Dunia

berita | Tempatan

Ibu Hans Issac, Bapa Fauziah Gous Meninggal Dunia

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2012: Portal murai.com.my baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada pelakon dan pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, yang telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengurus Hans Issac, Sue Hussin, Menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi. Menurut Sue yang mewakili Hans Issac, mayat mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.

Kemudian upacara pembakaran mayat mendiang akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah 2 tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat dan tinggal bersama Hans. Takziah daripada murai.com.my untuk Hans sekeluarga.

Dalam pada itu, portal murai.com.my ingin mengucapkan takziah kepada pelakon Fauziah Gous diatas pemergian bapanya Mohd Gous Ghulam, 76, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Sabtu lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim dan 5 anak.

Difahamkan bapa Fauziah Gous sebelum ini telah menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





takziah
hamba Allah - 13-Aug-2012