2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini Kritikal

berita | Tempatan

2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini Kritikal

addthis kongsi icon

Teks:Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2012: Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.

Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

"Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu," katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

"Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

"Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

"Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan," jelasnya.

Warga murai.com.my mendoakan anak Rini cepat kembali seperti sediakala dan berharap Rini sekeluarga bersabar menerima dugaan di bulan ramadan ini.

Komen-Komen | 24

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





jgn la hentam rini, smua berlaku dgn izin Allah. Hulurkn doa, bukannya mencemuh si ibu. kalau jd kt tmpt kita, nk ke kita dgr org cdmuh kita di saat kita sdg bertarung sakit lps bersalin???
aku - 14-Aug-2012

semoga baby rini sihat sepenuhnya.pada pengkomen yg ntah ape2, jgn la senang tuduh rini cuai ke ape, benda tu jadi dgn izin Allah, jd sape ngko nk nafikan n tuduh rini plak.bulan puasa ni, jgn la mengutuk org. Hulurkan doa lg baik
- 14-Aug-2012

wahai sahabat semua..jgn cepat menyalahkan orang..semuanya dah ditakdirkan...mana ada ibu nak sepak anak..kepada yang buat tuduhan melulu dan membodohkan orang tu ingatlah pada diri sendiri yang diri anda juga tidaklah sebijak mana...doakan utk baby.
nona - 14-Aug-2012

mudah2an baby selamat & kembali sihat... yg dok marah2 rini tdo atas katil tu paham x? dia bersalin operet, aku dulu bersalin operet, katil memudahkan pergerakan nak bangun bagai,kalu ats lantai ssh nk grk benda dah nak jd, dia pn x nk benda ni jd
cik tulip - 14-Aug-2012

benda dah jadi..apapun doakan anak itu dalam keadaan baik secepat mungkin..
yus - 14-Aug-2012

1 2 3 4 5