Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2012: Pakar dalam pembuatan sut lelaki, Lord's Tailor telah menerima pengitirafan Anugerah Keusahawanan Terbaik di peringkat Asia Pasifik sempena Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2012 baru-baru ini.
Anugerah berprestij yang mengiktiraf usahawana berjaya di seluruh Asia Pasifik itu turut mengiktiraf 14 lagi usahawan berjaya termasuk Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi dengan peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif di Encorp Bhd.
Merupakan pencapaian tertinggi selama 38 tahun berkecimpung dalam pembuatan sut dan pakaian khusus untuk lelaki, anugerah berkenaan telah diterima Pengasas Lord's Tailor, Robert Loh disaksikan isteri dan juga anak-anaknya di Hotel Shangri-La.
Robert dalam kenyataannya berkata, ketinggian kualiti pembuatan dan juga fabrik menjadikan sut rekaannya sering menjadi pilihan ramai.
Sementara itu isteri Robert mewakili pihak Lord's Tailor berkata, dia sangat berbesar hati dengan pengiktirafan berkenaan dan menjadikannya motivasi untuk lebih maju pada masa akan datang.
Kepakaran Lord's Tailor bukan saja dikenali dikalangan pemimpin negara serta ahli politik, malahan juga golongan selebriti seperti Aaron Aziz, Datuk Siti Nurhaliza dan tidak ketinggalan Dato' Jimmy Choo.
Sut ciptaan Lord's Tailor telah banyak digayakan oleh barisan selebriti popular tanah air sempena berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian setiap tahun.
Sebelum ini Lord's Tailor pernah memenangi Anugerah BrandLaureate sempena untuk Premier Custom Made Apparel pada 2010 dan 2011 serta tidak ketinggalan Top 100 Growing SMEs Award 2011.
Tahniah diucapkan dari portal murai.com.my.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
