berita | tempatan

Jangan Lupa Lirik Bakal Popular!

23-May-2008 | Oleh: Thani Hasbullah

Media Galeri


Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2008: Program terbaru Astro Ria, Jangan Lupa Lirik yang akan disiarkan bermula Ahad ini, 25 Mei, diyakini bakal menambat hati penonton, bukan sahaja kerana hos popularnya, Aznil Haji Nawawi, tetapi juga hadiah paling lumayan yang ditawarkan.


Walaupun gameshow tersebut diadaptasikan daripada program Don't Forget The Lyrics yang dicipta di Amerika Syarikat, Astro sudah tentu lebih bijak mengadaptasikan bentuk program itu bagi memenuhi citrasa tempatan. Lihat saja Akademi Fantasia yang diadaptasikan daripada program import, La Academia.


Dalam program ini, peserta berpeluang memenanngi hadiah RM1 juta tetapi dengan syarat, mesti menyanyikan lagu dengan lirik yang tepat. Jangan Lupa Lirik akan disiarkan di Astro Ria pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam.


Aznil ketika ditemui murai.com.my berkata, Jangan Lupa Lirik adalah program yang menyeronokkan kerana ia tidak mempunyai pengkritik dan peserta boleh menyanyi sesuka hati.


"Kadang-kadang program ini perlu lucu dan serius. Saya bertanggungjawab untuk berusaha membawa kedua-dua elemen ini supaya Jangan Lupa Lirik akan menjadi sebuah gameshow yang mampu menambat hati penonton.


"Bukan saja peserta berpeluang untuk membawa pulang wang sebanyak mungkin, tetapi berpeluang menjadi seorang bintang," kata Aznil sebelum rakaman episod pertama di Bandar Sri Damansara, semalam.


Permainan ini bermula dari tahap RM1,000 dan peserta hanya perlu menyanyikan lagu seperti berkaraoke. Pada penghujung lagu, muzik akan dihentikan dan 4 patah perkataan itu akan dikosongkan. Maka bermulalah permainan setelah peserta diminta meneruskan nyanyian lagu tersebut dengan betul.


Jika peserta itu tidak yakin dengan perkataan yang disebut itu, dia boleh menggunakan 3 'Talian Nyawa' iaitu Buka Tapak, Jawapan Objektif serta Pelampung (bantuan 2 rakan yang berada di studio). Permainan akan diteruskan pada nilai wang yang lebih besar jika peserta itu berjaya pada setiap tahap.




Komen-Komen | 22

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





macam mana nak jadi peserta JANGAN LUPA LIRIK itu? dan di mana borang nya boleh di dapati?
joe - 3-Jun-2008

Hye..salam2..saye mine...telah bjaya memecahkan rekod J.L.LIRIK tok season ni...jgn lupe tok saksikan episod mine beraksi plak yerrrr..rancangan yg mmg BEST GILAKKK!!!!
Jasmine - 29-May-2008

pak nil, saya tengok episod pertama. bosanlah..meleret-leret..kejap2 dah berhenti rehat.rancangan ni bukannye live kan..kalu live lagi la boring saya rasa
conz4489 - 29-May-2008

terus-terang, dikatakan, program ini to slow byk sgt drama, mcm who want to be a...., aje...(byk sgt iklan).pjgkan tempohnya 1 jam, ni tak setengah jam, episod 2 (sambungn dr episod 1)terpaksa tunggu ke minggu depan....p/s,tak suka tunggu episod demi episod. rasanya perlu set masa untuk mereka yg menyertai program ni.
rose - 29-May-2008

rasanya program ni sesuai utk kertu2 lanjut usia macam aznil
hazriahmad - 27-May-2008

1 2 3 4 5


  • Terhangat
  • Terkini