Fesyen Raya Calvin Thoo di Propaganza

stailista | Buletin Stailista

Fesyen Raya Calvin Thoo di Propaganza

addthis kongsi icon

Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista

KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2012:
Selepas fesyen Hari Raya rekaan pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Zery Zamry serta tidak ketinggalan Syaiful Baharim menjadi perhatian segmen Stailista di dalam program Propaganza.

Kini, giliran pereka fesyen Calvin Thoo mempamerkan rekaan terkini sempena lebaran yang mengetengahkan koleksi kurung moden daripada fabrik cifon dan juga rona memikat kalbu khusus untuk digayakan sepanjang Syawal.

Sudah lebih 18 tahun di dalam bidang fesyen tanah air, Calvin Thoo sangat memahami kehendak setiap pelanggannya dan oleh kerana itu jugalah setiap rekaannya cukup praktikal digayakan dalam suasana kasual mahupun glamor.

Ikuti penjelasan pereka fesyen kelahiran Kuala Lumpur itu tentang setiap satu rekaannya di dalam segmen fesyen selebriti kegemaran ramai, Stailista yang akan bersiaran pada 12 Ogos ini, Ahad, jam 12 tengah hari menerusi program Propaganza di Astro Ria (saluran 104).

Ingin tahu rekaan mana yang diklasifikasikan sebagai Stailista dan juga Opss...? Jawapannya ada di Propaganza minggu ini.

Sementara itu, jangan ketinggalan untuk menonton semula dua episod segmen Stailista yang lalu iaitu episod lapan dan sembilan. Selebriti mana yang Opss.... dan siapa juga yang Stailista. Jom! Tonton sama-sama.

Episod 8

Episod 9

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista