KL, 23 OGOS 2012: Menerusi penubuhan Barisan Artis Nasional (BAN), pengacara popular, Dato' AC Mizal telah pun menubuhkan sebuah laman sosial khusus untuk golongan selebriti memperkembangkan sayap mereja dalam bidang perniagaan.
Laman berkenaan telah pun dilancarkan pada April lalu dan diberi nama Mface. Kalau tidak silap Murai Batu, konsepnya lebih kurang sama macam Facebook dan Zalora.com.my.
Menurut sumber terdekat pengacara Maharaja Lawak Mega ini, laman berkenaan telah pun mendapat sambutan menggalakan dan ramai selebriti tempatan mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang perniagaan.
Wah, baguslah kalau begitu. Lepas ini tidak ada lagi Murai Batu dengar cerita artis tak tahu buat apa kalau tidak ada job. Tak gitu Jemah?
Atas kejayaan itu, AC Mizal dikhabarkan bakal memperkembangkan sayap laman ini untuk menghasilkan kerjasama bersama-sama dengan barisan artis daripada tanah seberang.
Difahamkan, sebaik sahaja pihak AC mengutarakan hasrat ini, ramai artis dari negara garuda telah pun bersetuju untuk menyertai pasukan AC. Tahniah...
Malah, dalam hujung minggu ini, dua artis popular Indonesia iaitu Ruth Sahanaya dan Glenn Fredly khabarnya akan bertemu AC untuk menandatangani sebuah kontrak tanda setuju nak berkolaborasi.
Apapun, Murai Batu diberitahu sesi tandatangan tersebut akan diadakan di Jakarta yang mana ia juga bersempena majlis berbuka puasa AC bersama dengan artis dan peminat dari Indonesia.
Syabas Murai Batu ucapkan kepada AC dan berkemungkinan besar hasil usaha yang dilakukan AC bakal mencetus satu fenomena baru dalam industri hiburan tempatan.
MURAI BATU: Ramai artis kena tipu oleh penganjur sebuah bazaar.










