Karl Shafek Bakal Pengganti Aznil Hj Nawawi?

gosip | Gosip kita

Karl Shafek Bakal Pengganti Aznil Hj Nawawi?

addthis kongsi icon

KL, 29 OGOS 2012: Sehingga saat ini, industri hiburan tempatan masih belum menemui individu yang betul-betul boleh menggantikan tempat Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad.

Bagaimanapun, pelapis yang dilihat mirip seperti mereka seakan ada tapi kurang konsisten berdasarkan prestasi kerjaya mereka. Jadi, tidak hairanlah sampai la ni, tiada ada sesiapa pun yang betul-betul boleh mengambil takhta kedua-dua idola Murai Batu ini.

Bercakap tentang pengganti ini, sebelum ini Murai Batu pernah mendapat tahu, pengacara Aznil Hj Nawawi telah bertekad untuk mencari individu yang benar-benar boileh menggantika n tempatnya apabila dia sudah tidak terlibat lagi dalam bidang pengacaraan.

Atas dasar itulah, muncullah program On Air yang mana idea penerbitannya terpancul dari minda pengacara ini. Pun begitu, calon-calon yang ada dalam program ini umpama masih belum ada yang menepati kehendak Aznil, apatah lagi memberikan saingan kepada pengacara yang sedia ada.

Namun, kata-kata dari seorang yang sering memantau bidang pengacaraan tanah air ini menarik perhatian Murai Batu. Dengarnya, pengacara yang disunting Aznil untuk menjadi hos bersamanya dalam On Air iaitu Karl Shafek dikhabarkan sebagai individu yang sesuai menggantian tempatnya.

Wah, betul ke? Kenapa dia?Ia berikutan, Karl sering saja mendapat perhatian Aznil dan rezeki pengacara ini semakin melimpah luah sebaik saja melibatkan diri dalam program On Air.

Pada mulanya, Murai Batu hanya menganggap kata-kata yang diberikan individu ini sebagai satu gosip saja. Tetapi selepas meneliti hujah yang diberikan itu, memang ada betulnya.

Dengarnya, Karl bakal mengacarakan pelbagai program hiburan dan sibuk turun padang sana-sini membuat rakaman program TV setelah dia selesai melibatkan diri menerusi program Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama.

Apa sekalipun, jika benar dakwaan ini, Murai Batu hanya ingin melihat adakah ia benar atau propaganda belaka. Namun, diharapkan kepada Karl janganlah pula mula mendabik dada dan teruskanlah usaha.

Yang penting, bagaimana pula dengan Reza Mohamed yang kononnya sebelum ini adalah harapan Aznil untuk menggantikan tempatnya itu? Apa cer?

MURAI BATU: Macamana pulak dengan Zizan yang berjaya menewaskan pengacara Tom Tom Bak dalam Anugerah Bintang Popular baru-baru ini?

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





popular tak semestinyer yang terbaik.
AZIMA98 - 5-Sep-2012

Good luck karl shafek. Hidup orang Pahang, Banyakkan tuntut ilmu dengan Pak Nil tu, kome tak sabor nak tgok awok popular mcm CT k.lepih weh.....
Mawar merah - 3-Sep-2012

Pasal tajuk artikel ini, baik murai.com.my berwaspada kerana saya khuatir artikel ini boleh timbul kekecohan antara semua pengacara yang saya minat & ikut. Maaf, saya sendiri tak sanggup nak menyinggung perasaan mereka. Kan Murai bawah naungan ASTRO?
@dzhafqimmurai - 2-Sep-2012

semua orang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri...tak payah tanya kenapa???? bagaimana????? atau siapa??? yang penting mereka sudah mencuba yang terbaik dalam bidang pengacaraan... :P
fahmi - 2-Sep-2012

semua orang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri...tak payah tanya kenapa???? bagaimana????? atau siapa??? yang penting mereka sudah mencuba yang terbaik dalam bidang pengacaraan... :P
fahmi - 2-Sep-2012