Dengarkan Lagu Raya Solo Pertama Dafi

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Dengarkan Lagu Raya Solo Pertama Dafi

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2012: Sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara TV dan pelakon untuk stesen TV di Indonesia, TransCorp bukannya alasan buat Bintang Akademi Fantasia 5, Dafi melupakan sambutan Lebaran di tanah air.

Sebagai hadiah buat peminatnya, Dafi yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Out Loud Entertainment Sdn Bhd telah tampil dengan lagu Hari Raya berjudul Nikmat Lebaran sejak 1 Ogos lalu.

Lebih istimewa lagi kerana lagu ciptaan komposer terkenal Datuk Shuhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan lirik nukilan Siso Kopratasa itu merupakan impian sejak sekian lama penyanyi berwajah jambu berkenaan.

Dafi yang kini mahu dikenali sebagai Dafi Ismail Sabri berkata, kesibukan jadual sebagai anak seni sedikitpun tidak melupakan asal usulnya bergelar penyanyi apatah lagi dan kelahiran lagu berkenaan merupakan jawapan terbaik.

"Nikmat Lebaran yang merupakan percubaan pertama saya dalam menyampaikan lagu yang berkonsepkan etnik kreatif.

"Pengalaman berkerjasama dengan komposer terkenal banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyampaikan lagu yang berkonsepkan etnik kreatif kerana Pak Ngah merupakan idola saya untuk bekerjasama sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan di Indonesia adalah satu pengalaman yang amat bermakna buat Dafi.

Ia merupakan satu cabaran yang amat besar sepanjang karjayanya sebagai anak seni. Berdialog dalam 3 bahasa iaitu Malaysia,Indonesia dan Inggeris menjadikannya sebagai salah seorang pengacara lelaki yang berjaya.

Sekaligus menempatkan namanya sebagai pengacara program gosip, Selebrita Siang di stesen TV pilihan ramai di Indonesia.

Langkah demi langkah telah diatur pihak pengurusan bagi memastikan namanya menjadi sebutan di negara jiran sehingga dia telah diberi kepercayaan mendukung watak utama sebagai permain bola sepak tempatan yang menjalinkan hubungan cinta bersama wanita Indonesia lakonan Pelakon Wanita Terbaik 2011, Asmiranda.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kesian aku dgr lagu raye dafi,taksdp lgsg!sdp lg lame lgi,buat artis2 yg nak buat lg rye,aku rase tkpyh lah buat lgi sbb 1 pun lgu raye korg mmg tksdp lgsg untuk didgr.tkblh tanding dgn lagu lame la,i ckp jujurje,buat hbs duit byr komposer,msk radio
jawa - 13-Aug-2012