Siti Saleha Duta Pertama Palmolive

stailista | Buletin Stailista

Siti Saleha Duta Pertama Palmolive

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2012: Pelakon yang pernah popular dengan drama Nora Elena dan juga pernah menghiasi beberapa iklan komersial di kaca TV, Siti Saleha telah dipilih sebagai duta pertama produk penjagaan diri, Palmolive.

Majlis pengumuman rasmi mengenai perlantikan berkenaan akan diadakan pada 13 Ogos ini di pusat beli-belah Giant, Kota Damansara bersaksikan wakil dari Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang dan peminatnya.

Turut akan diadakan pada majlis pengumuman serta berbuka puasa berkenan ialah penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah yang menyertai pertandingan SMS Palmolive-Giant yang diadakan baru-baru ini.

Keesokan harinya pula, Siti Saleha bakal berbuka puasa bersama-sama pembaca setia majalah Lisa yang akan diadakan di Restoran Songket sebagai meraikan kejayaannya sebagai wajah muka depan majalah berkenaan edisi Ogos.

Sesungguhnya sesuatu yang sangat istimewa dalam lipatan pengalaman buat pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu apatah lagi apabila diumumkan sebagai duta sulung bagi jenama dipercayai ramai sejak turun temurun.

Komen-Komen | 2
Hantar Komen Anda
sweet...mmg sesuai.. bersih dari kontrovesi
yuga - 14-Aug-2012

sesuai sangat
suzie - 9-Aug-2012






Blog Stailista Terkini


I Love Stailista