Ashton Kutcher, Mila Kunis Cuti Romantis Di Bali

berita | Luar Negara

Ashton Kutcher, Mila Kunis Cuti Romantis Di Bali

addthis kongsi icon

BALI, 9 OGOS 2012: Beberapa hari yang lalu, tersebar berita yang mengatakan bahawa aktor Hollywood, Ashton Kutcher dan Mila Kunis sedang menikmati percutian mereka di Bali dan ia diperkukuhkan lagi dengan foto yang menyaksikan keintiman mereka di pulau tersebut.

Ashton yang juga bekas suami kepada aktres Demi Moore dilihat sedang jalan berdua-duan sambil berpimpinan tangan dengan Mila Kunis. Dia juga kelihatan cukup santai mengenakan kemeja berwarna pink dengan topi fendora, manakala Mila pula tampil ringkas dengan top tanpa lengan dan celana panjang berwarna khaki.

Pasangan ini dilaporkan telah menghabiskan saat romantis mereka selama seminggu di Bali dengan menginap di Amanusa Resort di Nusa Dua. Namun, sampai saat ini pasangan yang telah saling mengenali sejak 14 tahun yang lalu ini masih belum mengesahkan apa-apa tentang hubungan mereka.

Biarpun begitu, Ashton dan Mila dikatakan sudah tinggal bersama di kediaman Ashton yang terletak di Hollywood. Sumber memberitahu, mereka sudah beberapa kali terlihat Mila Kunis keluar masuk ke rumah Ashton. Malahm, ketika menghadiri sebuah acara hiburan di Los Angeles, kedua-dua mereka dilihat sedang asyik bercumbuan.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: