J-Lo Belum Break-Off Dengan Casper Smart

berita | Luar Negara

J-Lo Belum Break-Off Dengan Casper Smart

addthis kongsi icon

LOS ANGELES, 8 OGOS 2012: Jurucakap Jenniefer Lopez menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa diva pop itu sudah putus cinta dengan kekasihnya Casper Smart.

Malah, jurucakap kepada penyanyi Latin yang berusia 43 tahun ini turut menegaskan bahawa desas-desus tersebut adalah palsu dan apa yang nyata hubungan J-Lo dengan kekasih mudanya itu masih lagi kuat dan utuh.

Buktinya pada Ahad lalu, pasangan ini dilihat telah menghabiskan masa santai mereka di Calabasas, California bersama anak kembar J-Lo, Emme dan Max.

Dan ianya dikongsi J-Lo menerusi akaun Twitter peribadinya: "Enjoying the beautiful day with my coconuts at the park!! #dayoff #familia #LOVE.

Bulan lalu, hubungan pasangan ini dikatakan hampir retak apabila Casper Smart, 25, yang bertugas sebagai kareografer telah ditemui meninggalkan pusat urut eksotik serta kedai porno gay sehari sebelum dia meraikan ulang tahun kelahiran J-Lo di sebuah cruise menerusi beberapa foto yang tersebar.

Khabarnya ketika itu, Smart dikatakan sedang membeli hadiah istimewa buat kekasih hatinya.

"Hubungan mereka masih belum putus lagi, tapi tidak dinafikan mereka sedang berusaha untuk sejukkan keadaan dan meperlahankan hubungan mereka.

"Foto itu ternyata telah mencetuskan sedikit jarak di antara. Walaupun Casper cuba berkata benar, namun tindakannya memasuki tempat=-tempat itu secara tidak sengaja, menunjukkan betapa muda serta tidak matangnya dia.

"Dia sepatutnya lebih berwaspada kerana dia selalu diekori paparazi," satu sumber memberitahu.

Peguam kepada pasangan ini telah mengambil desas-desus ini secara serius. Malah, mereka juga bercadang untuk mengambil tindakan sekiranya majalah Start dan In Touch tidak memperbetulkan fakta dalam laporan berita mereka itu.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: