Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012: Sukan Olimpik London 2012 (London 2012) yang sedang berlangsung kini bagaikan meniup semangat waja ke dalam jiwa setiap individu untuk menyokong dan terus bersatu di atas semangat kesukanan.
Tidak hairanlah, semakin ramai yang sanggup berjaga malam untuk menyaksikan setiap detik kegemilangan temasya berkenaan, tidak kiralah sama ada di atas balapan lumba lari, kolam renang mahupun rumput hijau.
Malah usah terkejut jika ramai diantara kita yang sudah mula sedar untuk membabitkan diri dalam aktiviti bersukan atau sekurang-kurangnya berjinak-jinak dengan apa juga jenis senaman bersandarkan semangat kesukanan sebenar.
Tentunya perkara pertama yang akan diambil kira ialah pakaian yang sesuai untuk dipakai kala bersukan. Sama ada ianya sepadan dengan aktiviti sukan yang ingin diceburi dan paling penting tampak menarik kala digayakan di badan sendiri.
Namun semua itu tidak perlu dirunsingkan lagi kerana laman web membeli-belah terbesar, Zalora menawarkan kepelbagaian pilihan pakaian, kasut, aksesori malah peralatan sesuai untuk aktiviti sukan.
Usah terkejut jika Zalora menawarkan jersi sukan dari pelbagai jenama dan warna khusus untuk jejaka yang mahu kekal selesa tetapi tetap bergaya kala berada di padang mahupun di atas balapan larian di gimnasium.
Dari jenama pakaian sukan terkenal seperti Kappa, Umbro, Ambros, Haitop, Rocklander dan Li-Ning, laman beli-belah popular ini pastinya tidak akan menghampakan anda dengan variasi pilihan serta harga paling berpatutan.
Mana mungkin anda bisa mendapatkan kasut larian bernilai RM50 ke atas dengan kualiti terbaik dan masih mampu kelihatan bergaya dengan baju sukan dari warna terang bernilai RM36 serta seluar bersenam berharga RM46?
Tetapi di Zalora, semua itu pasti akan menjadi nyata jika anda merajinkan diri dengan mengunjungi laman web berkenaan yang sememangnya mesra pengguna dan cantik di pandangan mata.
Bagi wanita, seleksi pakaian sukan yang mengikut struktur badan turut diperkenalkan di Zalora dan juga beberapa pilihan celana sukan serta kasut sukan daripada pelbagai warna dan irama.

Short Sleeve Tee
Urban Sweet Pant
FP-JS

Peminat sukan badminton, inilah masanya untuk memiliki reket dan juga bulu tangkis daripada harga berpatutan dan berkualiti tinggi. Sekali tamparan ibarat jaguh badminton negara.
Short Sleeve Polo
Short Sleeve Tee Lin Dan Series
Short Sleeve Polo
Manakala kepada peminat bola sepak, pelbagai jenis kasut khusus diilhamkan bagi membuatkan si pemakai terus ligat di atas padang.

Mercurial Glide III FG
Shoe Bag Stealth
Fortuna 3-MD
Nanti dulu, bagaimanakah pula caranya untuk menyimpan kesemua peralatan sukan ke padang atau ke gimnasium?
Nampaknya Zalora ada jawapannya. Di laman maya ini juga setiap pelanggan diberi peluang membelek secara teliti beg sukan kegemaran masing-masing yang dijual pada harga paling berpatutan dengan rekaan kekal bergaya.
Apa yang utama, setiap penghantaran adalah percuma dan setiap barang boleh dikembalikan dlam tempeh 30 hari sekiranya tidak berpuas hati.
Percaya atau tidak, Zalora bukan saja boleh diklasifikasikan sebagai katalog fesyen wanita dan lelaki, malah merupakan gedung maya terhebat untuk membawa anda merasai kehangatan sambutan London 2012.
Untuk musim perayaan tahun ini, Zalora telah bekerjasama dengan OrphanCARE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memastikan keselematan dan penjagaan anak-anak yatim serta bayi terbiar. Tunjukan keprihatinan anda dengan mendermakan RM2 kepada OrphanCARE. Anda boleh berbuat demikian ketika membauar pembayaran untuk setiap pembelian anda.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
