Azrene Soraya: Comeback Datuk Fazley Kuasa Tuhan!

berita | Tempatan

Azrene Soraya: Comeback Datuk Fazley Kuasa Tuhan!

addthis kongsi icon

TEKS : Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012:
Barangkali ramai yang di luar sana, tidak tahu bagaimana sukarnya untuk Datuk Fazley Yaacob melakukan kegiatan seninya sebagai penyanyi, pengacara, pelakon mahu pun pakar motivasi.

Ada saja dugaan dan rintangan yang terpaksa dilaluinya dan beberapa kegiatannya seninya juga seolah-olah seperti tersekat. Kesannya, nama Fazley agak sedikit sepi di dalam industri hiburan tanah air sehinggalah dia menyertai Masterchef Selebriti Malaysia dan kemudian menjadi juara pertama bagi program masakan tersebut terbitan Astro Ria itu.

Nyata kemenangan tersebut sangat berbaloi dan menjadi satu comeback yang cukup bermakna buat Fazley di dalam industri hiburan tanah air ini.

Ianya turut diakui isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz yang sentiasa tidak lelah memberikan sokongan serta menjadi tulang belakang atau pemangkin semangat buat Fazley.

"Sebenarnya saya sendiri agak terkejut apabila Fazley memberitahu bahawa dia mahu menyertai Masterchef Selebriti Malaysia setelah mendapat tawaran daripada pihak Astro.

"Saya tanyakan pada dia, apakah betul dia mahu menyertainya? Sebab ini adalah program masakan. Sesuatu yang berada di luar bidang kuasanya. Tapi, bila melihat kesungguhannya, saya terima apa yang dia mahu lakukan itu.

"Malah, saya percaya dia mampu melakukannya kerana sewaktu sedang hamil anak ketiga, keadaan diri saya ketika itu sangat teruk, selalu alah dan sentiasa tidak sihat.
Waktu itulah Fazley banyak menjaga saya, mengambil-alih beberapa tugas di rumah serta memasak. Dari situ keluarlah resepi yang pelbagai.

"Hinggakan ia membuatkan saya terkejut dan tertanya-tanya, dari mana datangnya kesemua jenis juadah yang dimasaknya itu. Tapi, dia memang bersungguh-sungguh menyediakan segala juadah tersebut.

"Jadi, bukan sesuatu yang menghairankan buat saya bila dia sentiasa tampil dengan bermacam-macam jenis masakan yang kreatif sewaktu menyertai Masterchef Selebriti Malaysia," katanya kepada portal Murai.com.my.

Ditanya perasaannya apabila melihat semula Datuk Fazley kembali membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air selepas bergelar juara Masterchef Selebriti Malaysia pertama, Azrene Soraya berkata, dia percaya pada kuasa Tuhan sepenuhnya.

"Kalau Tuhan sudah kata begitu, begitulah jadinya. Tidak akan ada apa pun yang dapat menghalang kuasaNya. Saya rasa comeback dia dengan cara ini juga memang tepat kena dan tepat pada masanya.

"Dan, Alhamdulillah, buat masa ini segalanya telah berjalan seperti apa yang dia rancang. Insya Allah, selepas ini, Fazley akan muncul dalam sebuah program lagi di Astro. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti," katanya yang sentiasa bersikap ramah dan merendah diri.

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





mmg betul pun..nk kawen aritu pun dengarnya mcm2 rintangan...kesian dato fazley..apapun, saya suka depa 2 org ni..x sombong dan sgt humble :)
ana - 12-Aug-2012

pandai2 je ckp ni anak rosmah...apa2pn semoga dato Fazley akn terus berjaya dlm semua bidang yg d minati...
neena - 11-Aug-2012

Kuatkan semangat Dato & Family...Allah Maha Berkuasa
ira - 11-Aug-2012

Kesian Dato Fazley kena buruk-burukan dlm blog politik. Apa yg mereka lalui hanya Allah mengetahui
Edi - 10-Aug-2012

suka dgn sikap dato fazley yg sgt merendah diri....
lyna - 10-Aug-2012