Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

berita | Tempatan

Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

addthis kongsi icon

KL, 8 OGOS 2012: Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin....

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

Komen-Komen | 45

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Tak silap dulu aziah mahzan pun dah pakai tudung kan, tapi tgk drama baru dia, bukak semula tudung, ntah pape....
cicakiut - 8-Aug-2012

moga-moga anjakan yang positif ini menjadi ikutan "rakan-rakan " artis yang masih tenggelam....Maha Suci Allah...
aayzack - 8-Aug-2012

mmg aku tabiklh kat diaorg ni..alhamdulillah..tpikn korang rasa bla neelofa dgn fasha sandha nk brtudung..
mohmad farid bin mohtar - 8-Aug-2012

saya nak tunggu dato hajjah siti nurhaliza berhijab...sekejap tutup sekejap buka tudung..apa kes?artis lain xda keluaran tudung sendiri pun boleh berhijab apatah lagi dato siti yang ado empayar tudung sendiri.huhu why ini terjadi?
anis hamidah - 8-Aug-2012

alhamdulillah.. semoga berkekalan.. :)
amyza - 8-Aug-2012