Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

berita | Tempatan

Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

addthis kongsi icon

KL, 8 OGOS 2012: Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin....

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

Komen-Komen | 45
Hantar Komen Anda
Artis yg dulunya seksi dah ramai yg bertudung litup. Dato' Siti Nurhaliza bila lg? Moga terbuka pintu hati Dato' Siti untuk menutup aurat dgn sempurna. Amiin.
shahzan - 8-Aug-2012

Artis yg dulunya seksi dah ramai yg bertudung litup. Dato' Siti Nurhaliza bila lg? Moga terbuka pintu hati Dato' Siti untuk menutup aurat dgn sempurna. Amiin.
shahzan - 8-Aug-2012

alhamdullilah...moga2 lebih rmi yg mengikut jejak mereka untk MENUTUP AURAT...
@mwr@ - 8-Aug-2012

ALHAMDULILLAH BAGUS LA...SWEET SGT.. DATO SITI TIDAK PERNAH BERJANJI APA PUN TENTANG PEMAKAIAN TUDUNG...BELIAU PERNAH CAKAP INSYA'ALLAH AKAN MEMAKAI..SKRANG BELIAU HNYA MENGENAKAN SELENDANG..NIAT ORANG TAK LAIN2 TAK PERLU NAK TUNDING JARI PADA ORANG.
Aira Hamid Khan - 8-Aug-2012