Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

berita | Tempatan

Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah

addthis kongsi icon

KL, 8 OGOS 2012: Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin....

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

Komen-Komen | 45

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





alhamdulillah.kita orang islam, tutup aurat itu wajib, so bertudung sahaja kalu masih tdk tutup aurat, sama macam tdk bertudung,insyaallah jika niat baik Allah akan balas baik. b'tudung mungkin ada yg anggap sbg fesyen,tp menutup aurat tuntutan agama
cikgu zie - 13-Aug-2012

Yg pkai tdg bukak blik trmssklh Juliza Adlizan, Anne Ngasri bka skjp, pstu pkai blik, Noraliah Lee, jg bukak skjp, skrg dh pkai blik,plkon drama apa tu Wan, dlu pkai, skrg dh bka trus. Dato CT tu klau nk pkai, biar btl2, klau tak, tak pyh lgsg
Nora - 12-Aug-2012

alhamdulillah...sy pn tumpang gembira...yela...kite ni kate org islam,so kenala tutup aurat..nti tutup tegkuk plak,pastu longgar2kn bajun sluar tu skit...yela..klw pakai legging ke,baju yg fit ke..same je dgn xtutup aurat...barakallahu fikum...
diamond - 11-Aug-2012

alhamdulillah... kemajuan kearah yg baik semoga selebriti yg menonjolkan imeg islam menjadi ikutan para muda mudi hari ni syabas......
mad kedah - 11-Aug-2012

alhamdulillah...semoga hijrah mereka bertambah baik dari hari ke hari dan sentiasa dalam rahmatNya...insya allah...
hamba allah - 11-Aug-2012