Dato AC Mizal Hormati Pilihan Abby Abadi Tapi...

berita | Tempatan

Dato AC Mizal Hormati Pilihan Abby Abadi Tapi...

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2012: Banyak yang dilakukan Abby Abadi sejak dia mengambil keputusan untuk berhijrah. Antaranya ialah memilih jalan untuk memperbaiki hubungan di antara dia dengan Memey Suhaiza dan juga Norman Hakim yang juga merupakan ayah kepada anak-anaknya.

Malah, dia juga telah pernah muncul di pusat tahanan ISA dengan suara yang lantang sambil menghentam pihak polis dan perkara ini nampaknya telah mencuri perhatian Dato' AC Mizal sehingga mencabar rakan seperjuangannya daripada siri Gerak Khas itu untuk berdebat mengenai peranan pihak berkuasa secara keseluruhannya.

"Debat itu bukan soal utama tetapi setiap ungkapan dan kata-kata yang diucapkan oleh Abby menjurus mengutuk pihak polis. Saya terpanggil untuk bersuara kerana saya dibesarkan dalam keluarga polis di mana bapa hingga datuk saya seorang polis.

"Saya tidak pernah melihat bapa saya berkelakuan (tidak baik) seperti yang dikatakan. Bagi saya kita kena terapkan nilai dalam diri dan kena tahu peranan dan tanggungjawab polis. Bukan nak jaga ISA itu sahaja, mereka menjaga keamanan negara berteraskan undang-undang.

"Fikirlah, kalau polis yang jaga undang-undang sudah tidak dihormati, bagaimana dengan undang-undang? Semua dah tak takut sebab tidak hormat polis dan undang-undang dan ketika itulah baru anda mahu menuding jari kepada pihak berkuasa berkenaan jika musibah yang berlaku akibat keamanan negara telah diragut oleh mereka yang mempunyai kepentingan sendiri,"ujarnya yang ditanyakan mengenai hal tersebut.

Mengenai pilihan Abby Abadi untuk aktif berpolitik dengan memilih untuk menyertai parti pihak pembangkang, AC Mizal berkata, dia tidak punya apa-apa untuk diperkatakan, sebaliknya menghormati keputusan Abby Abadi.

"Saya cuma mahu ingatkan Abby jika mahu membuat apa-apa kenyataan diharapkan ada justifikasi yang betul mengenainya. Biarlah kita tertib dan sopan apatah lagi jika mahu berdakwah atau menyebarkan ajaran Islam.

"Janganlah terlalu taksub dengan ideologI politik kerana pegangan agama itu suci untuk dipolitikkan. Setiap butir kata yang diucapkan eloklah difikir dahulu kerana kadangkala kita tidak tahu mungkin kita ada mengaibkan orang lain atau mengguris hati orang lain.

"Mungkin sekarang ramai yang menyokong apa yang anda suarakan mana tahu suatu masa akan datang apa yang kita perjuangkan itu akan makan diri kita balik,"ujarnya kepada portal murai.com.my setelah diminta untuk komen mengenai isu tersebut.

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Pls la murai oii, siarkan semua komen pembaca. Jgn pilih2 komen je. Kalu tak, tak perlu buat ruangan komen ni kalu penakut nak siarkan. Portal murai ni portal fitnah dan laga lagakan org.
Tak hipokrit - 13-Aug-2012

Setuju sgt2 dgn ckp AC. Kalau dah semua org tk hormat kpd penjaga undang2,alamat huru haralah negara.
rag - 13-Aug-2012

Islam itukan sempurna..so dlm islam ada politik laa..kalu dlm islam x der politik..x lengkap la islam tu..mndr arr..tahniah kepada..kita mencari keredhaan Allah..bkn manusia..tapi hubungan sesama manusia kene jaga la jugak Abby yer..
Hamba Allah - 12-Aug-2012

pls la murai story korang ni cuma nak laga lagakan org je. tak ada keje lain ke? buat hal sendiri la, korang ingat korang perfect sgt ke? jgn buat portal ni portal fitnah dan batu api. Berhijrahlah
murai - 12-Aug-2012

Tak salah nak berdakwah, tapi jgn sesekali mengaibkan sesama Islam, berdakwahlah mengikut sunnah Nabi. Jangan fikir kita dah masuk golongan dakwah kita dah cukup pandai, belajarlah perbaiki diri, keluarga dan baru perbaiki insang lain..
kajoi - 12-Aug-2012

1 2 3