KL, 9 OGOS 2012: Syabas buat Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong kerana berjaya merangkul pingat perak dan gangsa untuk negara. Sungguhpun tidak berjaya meraih emas, namun Murai Batu terharu melihat pengorbanan dan perjuangan anda berdua. Air mata yang menitis tempoh hari adalah tanda kesetiaan anda yang berhasrat besar untuk mengharumkan nama negara.
Apa yang pasti, Lee Chong Wei dan Pandelela tetap menjadi wira di mata masyarakat tempatan. Bukan mudah untuk menggilap bakat yang dimiliki mereka berdua. Syabas dan tahniah sekali lagi.
Kebetulan Murai Batu sudah bercerita mengenai atlet negara, Murai Batu diberitahu satu cerita yang kurang elok dari teman baik Murai Batu yang bertugas di meja sukan.
Dengarnya, tika dan saat ini, ramai golongan wartawan sudah meluat dengan sikap atlet popular yang disifatkan sudah berhidung tinggi. Senang cerita sudah sombong.
Menurut sumber, atlet ini semakin hilang rasa hormat terhadap orang lain dan perasan bagus apabila dia diangkat serta disanjung bukan saja di Malaysia tetapi di peringkat Asia Tenggara.
Lebih teruk lagi, ada media naik menyampah dan cuba mengelakkan diri seandainya majlis berkenaan ada melibatkan atlet berkenaan.
Malah, ada juga yang memberitahu, pihak pengurusan atlet ini suka ambil sikap acuh tidak acuh untuk mempengaruhi atlet yang lain.
Lebih dashyat lagi, atlet ini cuba mengunakan kabel yang dimilikinya untuk mendapatkan atlet lain yang sama popular sepertinya.
Lebih telus lagi, atlet ini sanggup mendapatkan tawaran tertentu dengan mengatakan bahawa dengan pemgambilannya pihak tersebut boleh memperoleh khidmat atlet popular yang lain. Ala-ala pakej la ni.
Namun, nasib baiklah atlet yang cuba diperangkap itu bijak dan tahu menangani masalah itu. Bagi Murai Batu, atlet ini seharusnya cepat sedar dari tidur dan dia perlu tahu, tidak selamanya anda berada di atas.
Orang selalu kata, seseorang public figure itu boleh disenangi seandainya orang disekelilingi disenangi juga.
MURAI BATU: Banyak video lucah pemain bola sepak Piala Malaysia tersebar di internet.





.jpg)




