Farah Nabila Kongsi Kulit Sihat Di Hari Raya

ramadhan & raya 2012 | Fesyen Stailista R&R

Farah Nabila Kongsi Kulit Sihat Di Hari Raya

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Sudah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki kulit yang sihat dan menawan kala tibanya Aidilfitri supaya tampak lebih berkeyakinan untuk betemu sanak-saudara dan juga rakan taulan.

Impian sama dimiliki oleh pelakon baru semakin meningkat naik Farah Nabila yang ternyata bersetuju akan kepentingan memiliki memiliki kulit sihat lagi bermaya bukan saja di musim perayaan tetapi juga pada bila-bila masa.

Beliau yang merupakan wajah baru produk penjagaan wajah Dermalogica, menggesa agar para wanita tidak mengabaikan penjagaan kesihatan kulit agar dapat tampil menawan dan keserian kulit menyerlah dari dalaman.

Katanya, tanpa penjagaan yang baik, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya sekali gus menjadikan diri tidak berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang sekeliling.

Bagi Farah Nabila dia sangat percaya akan keberkesanan variasi produk kecantikan Dermalogica yang dapat mengekalkan kesihatan kulitnya sepanjang syif bekerja yang tidak menentu serta kehidupannya yang sibuk.

"Tambahan pula, kini saya sibuk dengan penggambaran serta persediaan untuk menyambut bulan Syawal.

"Saya mendapati bahawa rangkaian produk UltraCalming daripada Dermalogica® begitu sesuai dengan kulit saya yang agak sensitif, kerana saya dapat merasakan kelegaan yang serta-merta apabila menggunakannya.

"Penggunaan rangkaian produk daripada Dermalogica® memelihara kulit saya agar kelihatan segar, kekal sihat dan bermaya sepanjang hari," katanya.

Tambah Farah Nabila, amalan ziarah menziarahi rakan-rakan dan saudara-mara di bulan Syawal akan mengakibatkan masa penjagaan kulit diabaikan.

Malah katanya, dengan produk Dermalogica, rutin penjagaan kulit akan menjadi lebih senang kerana produk berkenaan memahami keperluan kulit mukanya yang terdedah dengan cahaya matahari.

"Menggunakan produk yang sesuai adalah salah satu petua utama. Oleh kerana itu saya membawa produk Dermalogica saya ke mana-mana sahaja. Selain daripada produk-produk asas seperti UltraCalming Relief Masque, UltraCalming Mist dan Overnight Repair Serum adalah pilihan utama saya.

"Ianya merupakan penjagaan yang lebih baik dan yang dipilih khas untuk keperluan kulit saya selepas diberi khidmat nasihat daripada pakar kulit Dermalogica," jelasnya.

Gunakanlah UltraCalming Relief Masque iaitu masker rawatan yang mujarab untuk kulit sensitif dan reaktif dalam membantu untuk memulihkan daripada kerosakan dan sensitiviti di samping meningkatkan ciri-ciri perlindungan dan menggalakkan fungsi tisu yang sihat.

Manakala UltraCalming Mist ialah toner dalam bentuk semburan yang ternyata mudah digunakan dan memberikan kelembapan kritikal di samping membantu melegakan dengan cepat dan melindungi daripada kerengsaan dan ketidakselesaan.

Sebelum tidur jangan lupa sapukan Overnight Repair Serum secara perlahan-lahan iaitu serum yang dapat merawat kulit pada waktu malam untuk mengurangkan garis halus muka dan tingkatkan keserian kulit.

Gunakan serum ini bersama-sama pelembap krim malam untuk mendapatkan kebaikan agar dapat melawan penuaan kulit. Serum berkuasa peptida (peptide) ini akan merangsangkan penghasilan kolagen agar kulit kekal anjal dan berseri.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda