KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Kalau sudah namanya musim perayaan, sudah menjadi kemestian untuk anda keluar beraya seharian. Seringkali anda menitikberatkan penampilan penuh glamor namun kadangkala ada yang lupa dengan hal yang satu ini iaitu wangian.
Haruman atau wangian bukan sahaja membuatkan anda kekal wangi sepanjang masa, malah ia adalah salah satu perkara yang membuatkan anda untuk terus kekal yakin tatkala penampilan diri yang cantik dan menawan ditambah pula kesegaran sepanjang hari.
Bayangkanlah anda dalam persalinan indah tetapi kerana kurangnya elemen yang satu ini mebuatkan anda tidak yakin dengan diri. Contoh dapat diihat pada para selebriti yang sentiasa yakin kala muncul di sebarang majlis, selain pakaian haruman menjadi antara perkara terpenting yang tidak dilupakan.
Mungkin ramai yang sudah tahu dengan tips pemakaian haruman namun begitu masih ada tips baru yang ditemukan oleh mereka yang lebih arif tentang hal ini. Pernah kah anda terfikir untuk menyapu pelembap atau losyen bebas bau sebelum menyemburkan wangian ke bahagian tersebut? Ini adalah untuk membolehkan wangian tersebut melekat pada badan anda sepanjang hari.
Selain itu, cara yang terbaik untuk memakai haruman adalah 20 minit sebelum anda meninggalkan bilik atau rumah anda. Anda juga boleh menyembur wangian kegemaran pada papan seterika sebelum menggosok baju anda diatasnya untuk membiarkan wangian tersebut melekat pada baju anda secara natural.
Bagaimana pula dengan wangian yang telah habis? Selain dijadikan koleksi anda boleh membuka penutupnya dan meletakkan botol tersebut di dalam almari dan ia akan mengekalkan kesegaran pada pakaian anda. Menarik bukan?
Pelbagai ajnas pilihan wangian yang berada dipasaran, anda cuma perlu mencari bauan yang sesuai dengan citarasa anda. Tidak kiralah buat si tampan mahupun si jelita, pelbagai jenama ada diluar sana pasti ada yang menepati gaya dan personaliti diri anda.
Zalora Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memberi kesempurnaan pada penampilan anda selain helaian-helaian terkini anda juga boleh mendapatkan haruman-haruman yang bermutu tinggi yang ditawarkan laman online shopping ini.
Zalora Malaysia mempertaruhkan jenama-jenama haruman antarabangsa yang bisa anda survey dan buat pilihan khas buat lelaki mahupun perempuan di kolum Beauty.

Antara jenama wangian yang dipertaruhkan adalah seperti Police, Yves Rocher dan Lee Cooper buat sang jejaka manakala si gadis akan tampil yakin dan sentiasa bersedia dengan pilihan wangian daripada koleksi Swiss Army, Kara dan Love Passport.

Dengan perkhidmatan dan servis yang begitu efisien, pasti anda tidak ada alasan lagi untuk tidak kekal segar dan berkeyakinan kerana ini semua boleh dilakukan di dalam talian. Ia juga akan sampai ke pintu rumah ada dalam tempoh masa yang telah diberikan.
Pasti hari raya anda tambah ceria kala diri sentiasa yakin dengan penampilan diri dalaman dan luaran. Kini anda pasti akan berada dalam keadaan bersedia untuk apa jua situasi apabila keyakinan diri menjadi kata kunci penampilan diri.
Untuk musim perayaan tahun ini, Zalora telah bekerjasama dengan OrphanCARE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memastikan keselematan dan penjagaan anak-anak yatim serta bayi terbiar. Tunjukan keprihatinan anda dengan mendermakan RM2 kepada OrphanCARE. Anda boleh berbuat demikian ketika membauar pembayaran untuk setiap pembelian anda.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
