Artis Tempatan Lesap Diri, Matikan HP!

gosip | Gosip kita

Artis Tempatan Lesap Diri, Matikan HP!

addthis kongsi icon

KL, 7 OGOS 2012: Tak tahulah Murai Batu nak cakap apa pasal kisah seorang artis tempatan ni. Asyik bikin hal saja. Bukan sekali dua kali buat masalah. Dah banyak kali dah.

Kena tegur pun dah banyak kali. Kena kritik tak usah cakaplah. Tapi, si artis tempatan yang seorang ni tetap tak mahu ubah perangai. Hai... apa nak jadi? Terbaru, si artis ni patutnya muncul membuat persembahan di sebuah majlis berbuka puasa yang diadakan oleh sebuah syarikat di Shah Alam.

Tapi, last-last minute, dia tak muncul-muncul. Bila orang try call dia, dia tutup handphone. Apa lagi berpeluhlah promoter yang carikan job untuk dia ni. Sebabnya, semua orang tahu dia bakal buat persembahan pada majlis berbuka puasa tersebut. Kat dalam facebook pun dah promote mengatakan dia bakal muncul.

Alih-alih batang hidung langsung tak nampak, terus lesap macam tu saja. Hendak tak hendak, last-last minute si promoter terpaksa cari pengganti. Penggantinya pula adalah Hafiz Hamidun. Nasib baiklah time tu Hafiz Hamidun tengah free. Kalau tidak, susah juga.

Entahlah tak tahu Murai Batu nak cakap apa. Di bulan ramadan yang mulia macam ni pun, si artis ni nak buat perangai jugak.. Hishh tak sesuai betullah..

MURAIBATU: Tengah cari mood nak dengar lagu raya...

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: