Zoey Rahman Buka Restoran Di Terengganu!

berita | Tempatan

Zoey Rahman Buka Restoran Di Terengganu!

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Dalam diam-diam, pelakon dan pengacara, Zoey Rahman sudah mula sibuk berbisnes macam yang dilakukan beberapa selebriti tempatan yang lain.

Bisnes apa agaknya yang Zoey Rahman buat? Nak tahu jawapannya. Ikuti penjelasan daripada pelakon dan pengacara yang wajahnya ala-ala artis K-Pop ini.

"Bisnes saya taklah hebat mana iaitu sekadar buka restoran makan saja. Tapi, lokasinya di Terengganu. Saya pilih untuk buka perniagaan ni di Terengganu adalah disebabkan kurangnya saingan di sana.

"Tak macam Kuala Lumpur. Saingannya sangat hebat dan bermacam-macam jenis restoran yang boleh dijumpai di sini. Jadi, lebih eloklah saya buak bisnes restoran saya di Terengganu.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berhadapan dengan apa-apa masalah sepanjang membuka perniagaan ini. Sambutan yang diterima pun agak memuaskan.

"Sama macam restoran lain, restoran saya juga turut menjual pelbagai jenis masakan iaitu daripada yang berlauk pauk hinggalah yang dipesan masak," katanya kepada murai.com.my.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Terengganu tu kat mana? Setahu saya Terengganu tu besar........
Azizi - 10-Aug-2012