Datuk Fazley Bawa Resepi Pikat Hati Isteri

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Datuk Fazley Bawa Resepi Pikat Hati Isteri

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2012: Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk memikat hati kekasih, begitu juga dengan penyanyi, Datuk Fazley Yaacob ketika memikat wanita yang kini sudah menjadi isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, kira-kira 8 tahun yang lalu.

Cara yang dilakukannya adalah melalui juadah yang dimasaknya sendiri yang terdiri daripada campuran bunga-bungaan yang boleh dimakan. Istimewanya pada majlis Yok Sahur Murai yang sudah memasuki musim-5 pada Sabtu lalu, Fazley telah membawa resepi tersebut khas buat anak-anak yatim Rumah Darul Izzah, Bandar Bari Bangi, Selangor.

"Sebenarnya ini adalah kali kedua saya menggunakan bunga-bungaan yang boleh dimakan khas dalam masakan saya. Kali pertama adalah ketika saya cuba memikat hati isteri ketika kami mula berkenalan 8 tahun lalu.

"Pada masa itu, isteri saya juga tidak tahu yang bunga saya gunakan itu boleh dimakan. Sebaliknya dia mengambil bunga tersebut untuk di selit di telinganya. Kemudian apabila diberitahu ia boleh dimakan, dia pun cuba memakannya.

"Kini pula, saya bawa kembali campuran bunga-bungaan yang dipanggil Edible Flower ini ke dalam masakan pencuci mulut khas untuk anak-anak di rumah ini serta tetamu yang hadir.

"Cuma resepinya saya perbaharui sedikit dengan campuran biskut Oreo sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan coklat. Nama resepi pencuci mulut saya adalah Oreo Meringue Pastry Cream Custard Edible Flower," katanya ketika ditemu ramah sewaktu sedang menyiapkan resepi tersebut.

Demonstartsi masakan daripada juara Masterchef Selebriti Malayisa yang pertama itu telah menjadi tumpuan serta acara kemuncak. Sebaik saja Datuk Dr Fazley memulakan tugasnya, ramai yang berusaha untuk mendekati serta mengerumuni personaliti ini kerana mahu melihat bagaimana dia menyediakan juadahnya itu dengan menggunakan bahan campuran bunga-bungaan yang berwarna-warni.

Yok Sahur 5 yang telah mendapat tajaan Superbike Motortrade International (SMI) turut dijayakan sekumpulan selebriti tempatan seperti Datuk Dr Fazley, Tasha Shilla, Alif Satar, Farawahida, Ifa Raziah, Roslan Shah, Fazli Zainal, Hayad, Asmidar, Hila, Nas Adilla, Puteri Caroline, Sabhi Saddhi, Aishah AF, Zizie AF, Amir Jahari, kumpulan VIP serta KLangit sebagai kejutan untuk mereka.

Selain SMI, Yok Sahur 5 turut mendapat tajaan daripada Mylaunchpad, Maxis Zalora, DXI Enterprise, Thames De Services Sdn Bhd, Unique Arena Sdn Bhd, Nonsto Power Sdn Bhd, Translite Electric Sdn Bhd dan United U-Li Sdn Bhd.

Komen-Komen | 4

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Jom ke, yok ke, dua2 pn boleh, yok di selatan, jom di utara, org Pls, Kdh, PP mmg gna JOM
nora - 12-Aug-2012

Yok (Jom/mari) bahasa jawa....
Derf Blue - 8-Aug-2012

Kepada M.C- klu nak tahu org johor klu ajak buat apa2 sllu guna Yok. so yok tu bkn tuk kat negra Indon jerk.
Anak Johor - 7-Aug-2012

kenaa guna 'yok' sahur bukannya J.O.M sahur..kita x tinggal di indon...pendapat je ;)
M.C - 7-Aug-2012