Kenapa Victoria Beckham Tidak Pernah Senyum?

berita | Luar Negara

Kenapa Victoria Beckham Tidak Pernah Senyum?

addthis kongsi icon

LONDON, 7 OGOS 2012: Dia mempunyai suaminya yang kacak dan penyayang iaitu David Beckham serta 4 anak yang membesar dengan penuh sihat, empayar fesyen yang sukses serta duit yang berlambak.

Tapi, mengapakah Victoria Beckham atau Posh Spice yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls ini tidak pernah kelihatan gembira? Nak tahu apa kata Victoria Beckham?

"Dulu saya banyak ketawa di dalam foto. Tapi, saya rasa saya mual berhenti ketawa apabila saya mula menyertai fesyen.

"Ya, fesyen telah mencuri senyuman saya dan saya seolah-oleh telah mewujudkan seseorang yang lain. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa orang itu bukannya diri saya tetapi secara keseluruhannya dia bukannya mewakili diri saya yang sepenuhnya,"katanya.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda