Eksploitasi Keluk Lentur Ning Baizura

stailista | Buletin Stailista

Eksploitasi Keluk Lentur Ning Baizura

addthis kongsi icon

Media Galeri

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie81@gmail.com
Twitter:@Stailista

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012:
Memiliki bentuk badan yang lentur atau curve sememangnya menjadi pilihan setiap wanita.

Penyanyi popular Ning Baizura misalnya adalah salah satu contoh selebriti popular yang memiliki aset badan berkenaan, sekali gus menjadi pilihan jenama fesyen tempatan, Flow untuk memilihnya sebagai duta jenama berkenaan.

Menerusi koleksi Ning's Fling, penyanyi Awan Terpilu itu telah berkerjasama dengan Flow bagi merealisasikan tiga koleksi kapsul tersendiri bermula Ogos ini sehingga Disember depan.

Fizikal Ning Baizura dijadikan panduan untuk setiap wanita yang memiliki bentuk badan sepertinya supaya kekal bergaya hebat sama ada ketika di musim perayaan, ke majlis minum petang mahupun acara rasmi.

"Apa yang menarik perhatian saya, kesemua koleksi Ning's Fling ini mampu memenuhi citarasa setiap wanita dengan rekaannya yang mempunyai unsur-unsur kewanitaan, bergaya dan moden tetapi dijual pada harga berpatutan.

"Kebanyakan rekaan fesyen di luar sana yang mungkin tidak selesa di pakai oleh wanita yang mempunyai bentuk badan curve, tetapi Flow berjaya menutup rasa malu dan penuh berkeyakinan apabila menyarungkannya," kata Ning Baizura.

Sepanjang Ogos sehingga September ini, Flow menampilkan koleksi musim perayaan yang terdiri daripada rekaan yang mengetengahkan warna ceria dari fabrik selesa, sesuai untuk dipakai kala berhari raya ke rumah sanak saudara.

Jelas Ning Baizura, koleksi yang semakin mendapat perhatian wanita Asia dan juga Timur Tengah itu boleh dimiliki pada harga bermula RM100 sehingga RM300.

Dia yang juga bertindak selaku Penasihat Kreatif jenama berkenan, turut diberi kelebihan untuk mencipta rekaannya sendiri, di mana sebanyak 12 rekaan untuk koleksi berkenaan adalah pilihan terbaik sebagai hadiah kepada wanita berfizikal curve sepertinya.

"Flow faham dengan apa yang saya mahukan. Oleh kerana itu kami telah sama-sama berkongsi idea dan citarasa untuk mencipta pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan curve supaya mereka kekal menawan dan tersendiri.

"Rekaan Flow banyak menggunakan fabrik jersey kerana saya percaya fabrik seumpama ini selain ianya cukup selesa dipakai, ia juga mampu menyerlahkan bentuk badan wanita. Permainan lipatan pada rekaan akan menyerlahkan lagi penampilan mereka," katanya.

Flow boleh didapati di empat cawangan utamanya di pusat beli-belah Pavilion, Suria KLCC, One Utama, Johore Premier Outlet (JPO) dan tidak ketinggalan di Metrojaya Mid Valley Mega Mall.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista