KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2012: Program amal Yok Sahur sememangnya dinantikan selebriti tempatan kerana ianya mendekatkan golongan artis bersama anak-anak yatim.
Selaku penganjur, portal murai.com.my sekali lagi menerbitkan program ini untuk kali ke-5 berturut-turut dengan memilih rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi sebagai lokasi persinggahan untuk bersahur.
Persinggahan Yok Sahur ini telah disempurnakan malam 3 Ogos lalu bermula jam 11.30 tengah malam dan selesai pada jam 4 pagi.
Penganjuran kali ini mendapat sambutan baik apabila ramai selebriti tempatan menawarkan diri untuk menyertainya.
Antara artis yang telah disahkan untuk hadir ialah Dato' Fazley, Alif Satar, Ifa Raziah, Nas Adila, Adam, VIP, Klangit, Asmidar, Mamat Sepah, Asmidar, Amir Jahari, Zizi Fablous Cats, Aishah AF7, Farawahida, Imran Ajmain, Riz AF,Hyper Act, Drama Band, Sabhi Saddi, Asfan, Amanda Imani, Andi American, Indie Mice, Mira Tilu, Iqa Mentor, Baby Shima, Tasha Shila dan ramai lagi.
Tambah menarik, program ini bakal ditayangkan di Gala TV Plus pada Ahad ini (5 Ogos 2012) jam 4.30 petang di Astro Awani Saluran 501 dengan mengekalkan Ajieb Rosdi sebagai hos. Ulangan Yok Sahur pula akan disiarkan di Astro Ria jam 7.30 pada Isnin (6 Ogos 2012).
Manakala, editor murai.com.my iaitu Syafiqah Jalal dan Khemy Rosly bertindak sebagai pengacara majlis pada malam ini nanti.
Apa yang pasti, juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley bakal hadir dengan memberikan kejutan kepada penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Yok Sahur di Gala TV plus serta mengetahui kisah-kisah menarik program amal ini di murai.com.my.
Yok Sahur kali ini mendapat penajaan daripada Superbike Motortrade International (SMI), Mylaunchpad, Maxis Zalora, DXI Enterprise, Thames De Services Sdn Bhd, Thames De Services Sdn Bhd, Unique Arena Sdn Bhd, Nonsto Power Sdn Bhd, Translite Electric Sdn Bhd dan United U-Li Sdn Bhd.










