Gaya Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan

stailista | Buletin Stailista

Gaya Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2012: Selepas Natasha Hudson yang berjaya mencuri perhatian dengan kemunculan pertama kalinya dengan fesyen turban ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 April lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan turut memberi impak serupa.

Dengan menggayakan kurung sendat rekaan Qudyn, Rozita Che Wan tampil berseri dengan hiasan turban di kepala yang menggunakan warna sedondon tetapi miliki sentuhan jingga sekali gus membuatkan ramai mata memandang.

Malah persalinan yang sarat dengan perincian itu turut memilih hiasan manik daripada warna serupa dan juga jingga sebagai sentuhan tersendiri daripada pereka fesyen yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.

Ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan rancangan Aidilfitri Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini, Rozita Che Wan berkata dia akan sentiasa menutup aurat kepalanya sepanjang Ramadhan ini sebagai menghormati bulan keberkatan itu.

Malah, dia turut tampi bergaya dengan tas tangan Prada bersaiz sederhana yang turut hadir dengan warna serupa dengan persalinan dan turban dikepala.

"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya, inilah gaya saya sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah, manalah tahu saya akan kekal dengan gaya seperti ini walaupun selepas Hari Raya nanti," katanya merendah diri.

Tidak sendirian, Rozita Che Wan telah ditemani pelakon kacak berwajah Mat Salleh, Zain Saidin yang tidak ketinggalan menggayakan baju Melayu bewarna jingga sekali gus menjadikan kehadirannya pada majlis berkenaan lengkap.

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





rambut mmg sah2 dah aurat..leher pulak terdedah tu pun kira aurat jugak....
ena - 4-Aug-2012

Rozita STOLE Natasha Hudson's LOOK! Jika Rozita dibandingkan dengan Natasha Hudson, akhirnya Natasha lebih bagus daripada Rozita sebab Natasha lebih konsisten berturban-tudung berbanding Rozita. Maaf...
@dzhafqimmurai - 4-Aug-2012

Cik rozita oi...ini bukan tutup aurat...leher nampak, baju sendat, bukan menghormati bulan ramadan tp mempersendakan lagi...harap terima teguran ini
mama - 3-Aug-2012

at least natasha wears proper hijab underneath the turban and remain covered as a muslimah. si rozita ni kepala jer berbalut2 baju sexy. so might as well she wears bikini and cover only her head. tutup aurat jugak kan..hahahaa
yatz - 3-Aug-2012

at least natasha hudson pakai hijab dgn sempurna underneath that turban unlike this woman. so does that mean we are allowed to wear shorts and tube top if we cover our head?
yatz - 3-Aug-2012






Blog Stailista Terkini


I Love Stailista