Aamir Khan Daddy Yang Sangat Cool!

berita | Luar Negara

Aamir Khan Daddy Yang Sangat Cool!

addthis kongsi icon

MUMBAI, 2 OGOS 2012: Kesibukannya dengan kerja-kerja pengarahan dan lakonan membuatkan aktor Aamir Khan jarang sekali berada di rumah. Namun, isterinya Kiran Rao langsung tidak kisah kerana Aarmin Khan akan tetap cuba mencuri masa untuk menumpukan perhatian terhadap anak mereka, Azad Rao Khan.

"Apabila Aamir pulang ke rumah pada waktu malam, dia akan tukarkan lampin Azad. Kalau Azad bangun atau terjaga, dia akan bagi susu. Pendek kata, dia betul-betul berusaha menjadi seorang bapa yang baik," kata Kiran Rao yang ditemui sewaktu melancarkan filemnya yang berjudul Dhobi Ghat.

Kiran juga memberitahu, mereka kini dalam perancangan unuk bercuti ke Amerika Syarikat semalam 3 bulan bermula pada 3 Ogos 2012 nanti.

"Kebetulan Aamitr terlibat dengan syuting filem Dhoom 3. Jadi, terlanjur sudah berada di sana, kami akhirnya membuat keputusan untuk terus bercuti. Bagus juga untuk kami kerana kalau hendak diikutkan sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti ke mana-mana," katanya.

Ditanya apakah dia berasa tertekan menjadi isteri kepada seorang bintang terkemuka dunia, Kiran Rao berkata, dia sama sekali tidak berasakannya.

"Tengoklah saya. Simple sajakan...," katanya sambil tertawa.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: