Siapa Hadiahkan Ifa Raziah Beg LV?

gosip | Gosip kita

Siapa Hadiahkan Ifa Raziah Beg LV?

addthis kongsi icon

KL, 2 OGOS 2012: Macam biasa, setiap kali menjelangnya bulan ramadan, If Raziah adalah antara segelintir selebriti tempatan kita yang cukup ligat buat bisnes.
Untuk ramadan kali ini, Murai Batu diberitahu, Ifa Raziah sibuk berniaga kuih tart nenas serta menjual kek lapisnya. Sana-sinilah dia mencanangnya, sampaikan kat dalam akaun twitternya pun dia sibuk promote macam nak rak.


Tapi, sebenarnya bukan itu yang Murai Batu nak ceritakan sangat pasal Ifa Raziah. Yang Murai Batu nak sentuh adalah pasal hadiah beg tangan jenama LV (Louis Vuitton) yang diterimanya baru-baru ini.

Khabarnya beg tangan LV tersebut diterima daripada seseorang yang memang sayang sangat dengan If Raziah. Pun begitu, beg tangan LV yang harganya tidaklah sampai mencecah sampai RM5,000 itu bagaimanapun terpaksa ditempah dulu dari Paris kerana stoknya masih belum sampai di sini.

Hai, terpaksalah If Raziah menunggu ya, hadiah beg tangan Lv terbarunya itu. Khabarnya, lama jugak dia kena tunggu. Adalah lebih kurang 2 bulan.

Bermakna masa bulan September nantilah, baru Ifa Raziah dapat melaram dengan beg tangan LV terbarunya itu. Okeylah jugak tu sebab kalau tidak silap Murai Batu, hari ulang tahun kelahiran Ifa Raziah jatuh pada bulan September.
Kiranya itu hadiah hari jadinyalah.

Apapun, ini bukan kali pertama Ifa Raziah dapat hadiah beg tangan jenama mahal-mahal dan mewah daripada yang tersayang ini. Sebelum ni, pun dah macam-macam yang Ifa Raziah dapat. Hai bertuah Ifa Raziah.

Tapi, biarlah Murai Batu maklumkan di sini bahawa yang tersayang yang dimaksudkan di dalam artikel ini bukanlah suami Ifa Raziah ya. Habis tu siapa? Mesti korang tertanya-tanyakan?

Kalau nak tahu, kenalah tanya Ifa Raziah sendiri. Tapi, dia ni khabarnya seorang yang sangat baik dan sangat penyayang. Ibarat seorang kakak yang betul-betul ambil berat terhadap kebajikan adiknya. Alamak terkantoi sudah!!


MURAIBATU: Lagu raya apa yang agaknya 'in' pada tahun ini?

Komen-Komen | 5

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





bulan2 puase pun nk bergosip... insafla
ramadhan - 14-Aug-2012

bosannye cerita ni, sensasi la sangat
Lila - 8-Aug-2012

ader ku kesahhh..
hafsya - 7-Aug-2012

KESIAN KAU MURAI...DAH TAKDER MODAL KER? SUDAH2 LAH TU BULAN POSA NI...KER EKOR MURAI NI TERKENA CABUT?? EKEHKEHKEHKEH..
toyol - 3-Aug-2012

ohh ye ramai kt luar ni tertanya tanya sampai tak boleh tido. Apa punya berita la ni, tak penting langsung. Ada orang kisah ke? kesian nye wartawan murai ni syok sendiri
ifi - 2-Aug-2012