MUMBAI, 1 OGOS 2012: Bintang Bollywood, Manisha Koirala telah rasmi bercerai dengan suaminya, Samrat Dahal yang juga seorang ahli perniagaan selepas 2 tahun mendirikan rumahtangga.
Manisha, 41, yang sebelum ini pernah membintangi filem popular Maan bersama Aamir Khan dilaporkan menghadapi masalah rumahtangga sepanjang berkahwin dengan ahli perniagaan tersebut.
Tidak menyorokkan tentang apa yang dilaluinya itu, aktres kelahiran Nepal ini telah berkongsi tentang masalahnya itu kepada peminatnya menerusi sosial media.
Sumber memberitahu, Manisha Koirala kini telah mengambil keputusan untuk menetap di Mumbai bersama teman baiknya dan sangat gembira apabila masalah yang dilaluinya itu kini berakhir.
Seorang teman Manisha pula memberitahu, sebelum ini, aktres tersebut telah sedaya upaya cuba untuk mempertahankan rumahtangganya, namun ketidakserasian tidak di antara mereka menyukarkan lagi keadaan.
Disebabkan itu, Manisha Koirala dan Samrat Dahal mengambil keputusan untuk bercerai dan ia dianggap sebagai jalan yang terbaik untuk mereka berdamai.
berita |
Luar Negara
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










