KL, 31 JULAI 2012: Murai Batu tak tahu nak cakap macam mana bila dapat tahu bahawa kontrak pelakon Abby Abadi sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.
Pembatalan itu khabarnya telah dibuat sendiri pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia menerusi kenyataan yang dibuat menerusi akaun twitter peribadi milik Abby Abadi: "Sy terkilan, Sy berbisnes akak. Penglibatan akak dlm politik sedikit sebyk effect bisnes saya - @hanieliarousli (Al-Humaira Contemporary)".
Tapi, sekurang-kurangnya ia menjelaskan bahawa penglibatan Abby Abadi dalam bidang politik sememangnya ada memberikan sedikit kesan kepada bisnes Al-Humaira Contemporary.
Dari sudut apa? Adakah disebabkan dia ahli Pakatan Rakyat khususnya Pas? Murai Batu rasa tidak. Sebab Hani Elia langsung tidak menyebut pun tentang hal itu. Malah, rasa Murai Batulah, yang sebenar-benarnya orang bukan marah sangat pun Abby Abadi ni masuk Pas atau apa pun parti pembangkang yang lain.
Tapi yang membuatkan orang sebenarnya tidak senang adalah cara Abby Abadi melontarkan pandangan. Kalau yang dibidas itu betul dan kena caranya, ramai yang masih boleh terima apa yang Abby Abadi lakukan itu.
Tapi membidas itu pun kena ada caranya. Kena perlu tahu apa yang dibidas itu. Kena faham konteksnya dari bermacam-macam aspek. Kena ada ilmunya. Bukan main pakai lepas saja.
Macam orang berbahas di sekolah. Berbahas bukan boleh pakai main bantai saja. Kena ada hujahnya, kena ada rasionalnya, kena ada substancenya.
Bila cara melontar pandangan atau cara membahas atau membidas itu nampak pincang dan tidak matang, orang boleh persoalkan cara kita itu dan mula mempertikaikan siapa kita untuk lantang bersuara.
Akhirnya dari suka, jadi tak suka. Dari biasa jadi makin yang meluat dan barangkali itulah yang terjadi pada Abby Abadi. Ramai yang meluat dengan cara dia berpolitik dan bukannya sebab dia masuk parti Pas.
Mungkin itulah yang cuba dinyatakan Hani Elia itu daripada pengamatan Murai Batu. Kalau salah, Murai Batu minta maaflah ya. Tapi, Murai Batu harap siapa pun yang menyokong atau tidak menyokong Abby Abadi akan cuba bersikap rasional dengan apa yang Murai Batu cuba terangkan tadi.
Tak payah hendak gaduh atau hendak tunjuk siapa salah siapa betul. Sebenarnya tidak ada satu pun parti politik yang betul di muka bumi Tuhan ini. Tiada satu pun pemimpin yang betul. Rasulullah sendiri pun terpaksa memohon bantuan meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah Swt bila berada di dalam keraguan. Jadi kita fikir-fikirlah.
Apapun Murai Batu rasa gembira bila melihat Abby Abadi amat tenang berhadapan dengan dugaan yang melanda dirinya itu. Seperti yang ditulisnya dalam akaun peribadinya:
"Tentang kontrak 'Duta tudung' tu, takpe Sahabat2ku, rezeki dmana2. Sy trima itu mmg bkn rezeki Sy. Insyallah, ada je rezeki lain nnti".
Kemudian ada seseorang bernama Yusry menghantar tweet di akaun Abby Abadi.
@abby_abadi112 keep up Abby. If u interested I can offer you Muslimah Wedding Dress Photo Shooting Contract for my boutique. Will support U. Retweeted by abby abadi
MURAIBATU: Jeles bila member dapat jumpa Ustaz Don secara peribadi.










