KL, 1 OGOS 2012: Rasanya sudah lebih setahun kes pergaduhan di antara penyanyi popular yang juga juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip dengan seorang floor manager di sebuah stesen televisyen berlalu.
Namun, Murai Batu terkejut apabila tiba-tiba diberitahu satu sumber bahawa floor manager itu dikatakan telah memfailkan saman terhadap Hafiz AF7 di mahkamah, semalam.
Sebelum ini Murai Batu ada juga mengikuti perkembangan mengenai kes pergaduhan mereka itu yang dikatakan turut melibatkan penyanyi Adira AF8. Khabarnya, hebat juga pergaduhan mereka.
Pun begitu, Hafiz dikatakan tidak mahu memberi sebarang kenyataan atau mengulas lanjut menhgenai hal tersebut. Lama-kelamaan, ia semakin reda dan masing-masing telah mendiamkan diri. Tapi, tak sangka pula Murai Batu, kes ini boleh timbul semula.
Barangkali, floor manager tersebut masih tidak dapat memaafkan Hafiz hingga memaksa dia mengambil tindakan yang sebegitu. Tetapi jika betul apa yang Murai Batu diberitahu itu, mengapa baru sekarang dia mahu memfailkan saman itu?
Mungkinkah ianya kerana didorong pelbagai kejayaan yang dikecapi Hafiz sejak kebelakangan ini? Entahlah, Murai Batu sendiri tidak dapat pastikan. Apa-apa pun, Murai Batu harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Lebih-lebih lagi pada bulan ramadan yang mulia ini.
MURAIBATU: Suka tengok Sharifah Aleya yang kini sudah pun berhijab.





.jpg)




