KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Pertandingan Nyanyi Semula Lagu Dejavu Versi Anda telah anjuran MLP Movies dengan kerjasama Tayangan Unggul telah pun berakhir 25 Julai lalu. Seperti dijanjikan, pihak penganjur telah memilih 10 video terbaik untuk dipamerkan di laman MLP Movies.
Kini semuanya bergantung kepada anda untuk memilih satu daripada sepuluh video ini yang anda rasakan terbaik dan layak diistiharkan sebagai pemenang. Istimewa untuk anda yang mengundi, usaha anda bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana anda juga berpeluang memenangi sebuah iPhone 4 sekiranya anda adalah pengundi terbanyak.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai hadiah misteri lain untuk direbut. Undilah video kegemaran anda mulai sekarang. Anda berupaya menentukan juara pilihan penonton serta pada masa yang sama memenangi hadiah menarik.
Layari http://movies.mylaunchpad.com.my/promo/akd untuk mengetahui bagaimana untuk mengundi dan peluang anda menjadi pengundi terbanyak.Tarikh undian bermula dari 31 Julai sehinggalah 14 Ogos ini.
Klik di sini untuk mengundi.










