Sharifah Aleya: Saya Dah Bertudung Sejak 1 Ramadan

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Sharifah Aleya: Saya Dah Bertudung Sejak 1 Ramadan

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Mengambil kesempatan untuk memulakan langkah penghijrahan yang baru dalam kehidupannya pada bulan ramadan yang mulia ini, pelakon dan pengacara, Sharifah Aleya akui sudah mula berhijab pada tanggal 1 ramadan lalu.

Namun begitu, Sharifah Aleya tidak mahu menjelaskan mengapa dan sebab apa dia mahu tampil dengan imej terbarunya.MalaH, dia menganggap ianya sangat peribadi untuk dikongsi.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.

"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya ketika dihubungimurai.com.my

Menurut Sharifah Aleya, tiada apa yang perlu diulas kerana apa yang dilakukan itu adalah datang dari dirinya sendiri.

Selain mahu membuka satu lambaran yang baru, ramadan ini juga merupakan ramadan pertama Aleya tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.

Sungguh pun begitu, keadaan tersebut langsung tidak memberi kesan yang begitu mendalam terhadap pelakon Idola dan Man Laksa ini kerana dia akui kehidupannya kini lebih gembira apabila dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya.

"Ramadan adalah bulan yang sangat tenang dan senyap kerana pada bulan inilah masa untuk kita melakukan muhasabah diri terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan-bulan yang lalu.

"Ramadan ini juga akan membuat saya rasa boring dan keseorangan jika tiada keluarga dan rakan-rakan di samping saya. Oleh itu sepanjang ramadan ini, saya banyak menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya akan bersama mereka setiap kali saya berbuka supaya saya tidak rasa keseorangan," luahnya yang mengaku masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.

Aleya dijangka akan berpeluang bercuti raya pada 1 Aidilfitri sahaja kerana bakal bertugas sebagai penyampai radio pada raya kedua.

Komen-Komen | 13
Hantar Komen Anda
alhamdulillah..manis sungguh leya bertudung, semoga mendpt rahmat Allah dan perlindungannya hingga selamanya..
azie - 31-Jul-2012

alhmdlh syukur tlh ubah diri dulu yg slalu brpakain seksi smoga brkekalan hga ke akhir hayat,jgn hya separuh jln.
aal - 31-Jul-2012

hrp2 yg t'baek laaa untk awk leya.......
remy ishak - 31-Jul-2012

Alhamdulillah.... Jgn peduli apa orng nak komen tentang niat suci tu.. Orang yg masih hitam hatinya saja yg berkata bukan2
sachiko - 31-Jul-2012

u tak mahu berceramah ke? macam janda norman hakim tu. kelakarlah artis malaysia!
riri - 31-Jul-2012

1 2 3