Shaheizy Sam: Ramadan Kali Ini Saya Berehat....

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Shaheizy Sam: Ramadan Kali Ini Saya Berehat....

addthis kongsi icon

Teks: Syafiqah Jalal

Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2012: Tidak menerima tawaran berlakon atau aktiviti seni sepanjang ramadan ini, aktor Shaheizy Sam akui mahu berehat selama sebulan sepanjang menjalani ibadah puasa selepas 4 tahun tidak dapat berbuat demikian.

Shaheizy Sam berkata, dia bukan sahaja bercuti untuk berehat malah mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta. Seperti ramadan tahun lalu saya pasti akan terikat dengan penggambaran filem, tetapi untuk ramadan kali ini saya mahu berehat.

"Lagipun saya sudah lama tidak bercuti panjang. Jadi, rasanya ramadan kali ini bulan yang sesuai untuk saya bercuti kerana selain boleh berehat, saya juga dapat meluangkan masa untuk keluarga.

"Selain itu, saya juga rindukan saat berpuasa bersama keluarga seperti waktu dulu.Saya mahu rasakan kembali nikmatnya berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga," katanya yang ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa anjuaran Metrowealth (MIG), baru-baru ini.

Meskipun bercuti daripada aktiviti seni, Shaheizy Sam berkata, dia tetap memenuhi undangan majlis berbuka puasa untuk meraiakan anak-anak yatim serta ibu tunggal.

Malah pelakon Sekali Lagi ini akui dia turut memanfaatkan bulan ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah.

"Aktiviti saya di bulan Ramadan hanya memenuhi undangan ke majlis amal seperti majli berbuka puasa bersama anak yatim serta ibu tunggal. Menariknya juga, saya akan mengadakan majlis berbuka puasa khas untuk peminat saya bersama peminat Along Cham Raja Lawak di Restoran Lime, Petaling Jaya pada 11 Ogos ini.

"Selain itu, saya akan mengambil peluang ramadan ini untuk berterawih dan memperbanyakkan amal ibadah," jelasnya lagi.

Sam bakal kembali meneruskan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon dengan memulakan penggambaran filem Munajat Kasih pada 28 Ogos ini.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: