Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012: Biarpun tiada lagi Nik Erwan Roseli di bawah lembayung 5 Stars, namun itu tidak bermakna perjalanan empat lagi pereka fesyen, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Hazwani Osman terhenti.
Baru-baru ini, mereka telah berganding bahu menganjurkan pertunjukan fesyen hari raya yang berlangsung di Muzium Tekstil bagi mempamerkan koleksi sempena Aidilfitri daripada rekaan masing-masing.
Segmen Stailista menerusi program hiburan Propaganza telah diundang untuk memerhati dan menyiasat pakaian mana yang boleh diklasifikasikan sebagai Stailista dan juga Opss.. mengikut kesempurnaan pakaian di hari lebaran.
Pereka fesyen manakah yang seakan tidak boleh menerima kritikan dan pereka fesyen mana yang terlalu gembira apabila salah satu rekaannya dipilih paling Stailista.
Apa pula pandangan ikhlas penyanyi senior popular, Ziana Zain tentang koleksi hari raya daripada empat pereka fesyen kegemarannya itu?
Semuanya dapat disaksikan menerusi segmen Stailista di rancangan popular lagi sensasi Propaganza pada Ahad ini, jam 12 tengah hari hanya di Astro Ria (saluran 104)
Jadi rekaan mana yang Stailista dan siapalah pula yang Opsss...?










