Seleksi Bergaya Di Bulan Mulia

stailista | Buletin Stailista

Seleksi Bergaya Di Bulan Mulia

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Kedatangan Ramadan sememangnya amat dinantikan semua umat Islam di negara ini. Pada bulan inilah kita akan berlebih dalam semua aspek termasuklah ibadah, bersedekah dan berhias. Tidak kurang juga yang mahu berlebih gaya menerusi penampilan diri.

Memperkatakan tentang hal ini, anda pasti sudah berkira-kira apa yang bakal menjadi wish list anda untuk meraikan Syawal yang menjadi bulan kemenangan buat kita semua selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Tema dan stail sering menjadi tumpuan kerana kedua-dua elemen ini akan diberikan tumpuan khususnya bagi mereka yang mahu membeli atau menempah peranggu indah buat melaram di pagi lebaran nan mulia.

Bukan hanya sekadar pakaian yang dititikberatkan orang zaman sekarang tetapi segala-galanya bermula daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki, misalnya aksesori, kasut, tas tangan, tudung, skaf malah kaca mata juga termasuk dalam senarai untuk tampil penuh bergaya.

Namun, item yang paling pentingnya pastinya adalah baju raya kerana jika material kain yang sudah sekian lama dibeli tidak dihantar kepada tukang jahit dalam tempoh 2 atau 3 bulan sebelum raya, alamatnya terpaksalah anda membeli saja baju raya yang siap segera atau ready to wear seperti mana yang boleh anda lihat di maxis.zalora.com.my.

Dalam era berkehendakkan kita untuk segera cepat dan serba tidak ketinggalan, pemilihan baju raya siap segera atau ready to wear ini mungkin adalah satu alternatif yang terbaik untuk memastikan anda masih mampu bergaya di pagi raya biarpun gagal menempahnya secara peribadi daripada tukang jahit.

Malah, baju raya siap segera atau ready to wear ini sudah mula mendapat permintaan yang tinggi serta mula menjadi trend baru di kalangan masyarakat. Tidak hairanlah mengapa kebanyakan pengeluar pakaian di pasaraya, pemilik butik-butik, pereka fesyen tempatan dan peniaga pakaian kecil-kecilan turut berlumba-lumba menghasilkan ready-to-wear khas bersempena dengan musim perayaan ini.

Di kalangan mereka yang sentiasa tidak ketinggalan mengikuti perkembangan fesyen semasa, anda pasti membuat research di mana mahu mencari peranggu istimewa buat melaram pada Syawal nan mulia ini bukan? Anda boleh berbuat demikian semudah hanya di rumah dengan melawati laman maxis.zalora.com.my.

Label seperti P & Me, Rasa Sayang, Tom Abang Saufi dan label-label lain kini menawarkan pelbagai item untuk anda melaram di hari raya.

Sudah pastinya rekaan mereka ini menepati citarasa trend semasa, manakala stail yang dipilih pula pasti sesuai dengan citarasa anda. Pereka sekarang sudah dapat meneka dan mengetahui selera fesyen masyarakat di luar apatah lagi masyarakat sekarang juga sudah bijak bergaya.

Secara keseluruhan baju kurung moden masih menjadi taruhan pengeluar pakaian, pemilik butik mahu pun pereka fesyen.

Begitu juga kebaya seperti Rinduku atau Ethnic Chic shifon kebaya ungu dan shifon kebaya hitam dengan bunga jingga yang diketahui memang mudah untuk disuaipadankan dengan batik sarong, skirt mahupun seluar bagi mereka yang mahukan keselesaan.

Namun, masih ramai yang memilih baju kurung daripada material kain lycra. Manakala segelintirnya pula mahu cuba mengenakan baju raya yang lebih tradisional seperti baju kurung Pahang.

Tidak kurang juga mereka yang mahukan praktikaliti, kaftan turut mendapat permintaan yang tinggi. Terdapat pelbagai jenis potongan dan stail yang ditawarkan dan jika anda bijak memilih ia sudah tentu mengubah penampilan anda pada lebaran ini.

Laman maxis.zalora.com.my yang lengkap untuk anda membuat pilihan tidak lupa menawarkan padanan buat baju raya anda.

Pelbagai pilihan skaf dan tudung dalam rekaan, stail dan cetakan yang pelbagai dapat diperoleh di laman ini menjadikan ia one stop untuk anda mendapatkan gaya terbaik di hari raya kelak. Mungkin pilihan daripada Zuharya seperti di atas boleh dijadikan idea untuk anda bergaya. Contoh seperti pilihan tudung Zuharya Tudung Hajna, Tudung Adina, atau Tudung Maisara.

Rona-rona yang diketengahkan pada baju raya kali ini juga tidak terhad kepada warna pastel mahupun yang biasa semata-mata. Namun, warna yang terang juga banyak diketengahkan dalam penghasilan baju raya kali ini.

Untuk musim perayaan tahun ini, Zalora telah bekerjasama dengan OrphanCARE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memastikan keselematan dan penjagaan anak-anak yatim serta bayi terbiar. Tunjukan keprihatinan anda dengan mendermakan RM2 kepada OrphanCARE. Anda boleh berbuat demikian ketika membauar pembayaran untuk setiap pembelian anda.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista