Rizal AF5, Akui Lebih Menyerlah Dalam Lakonan

berita | Tempatan

Rizal AF5, Akui Lebih Menyerlah Dalam Lakonan

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2012: Meskipun bakatnya mula dicungkil dalam sebuah program realiti nyanyian iaitu Akademi Fantasia 5, namun pelakon dan penyanyi, Rizal Ayub atau Rizal AF5 akui rezekinya lebih memihak kepada bidang lakonan.

Malah Rizal AF5 berkata dia kini sedang aktif menjalani penggambaran drama untuk siaran televisyen yang sudah diaturkan sendiri oleh syarikat produksi yang menaunginya, Aquila Emas.

"Buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan mana-mana projek menyanyi atau pembikinan lagu kerana lebih banyak menerima tawaran berlakon.

"Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Berkalong Duri yang bakal ditayangkan di televisyen RTM dan beberapa drama lain.

"Malah, Aqulila Emas sendiri banyak memberi peluang untuk saya mengembangkan bakat lakonan dalam drama-drama terbitan mereka.

"Saya tidak kisah jika orang mengenali saya sebagai pelakon kerana lakoan dan nyanyian adalah dua bidang seni yang saya gemari," katanya ketika ditemui seleps Majlis Amal Berbuka Puasa Aquila Emas di Hotel The Federal, minggu lalu.

Dalam pada itu, Rizal yang agak kecewa dengan syarikat radio kerana tidak memutarkan lagunya, berkata dia tidak terlalu bimbang kerana sekurang-kurangnya single nyanyiannya berjudul Suatu Ketika Dulu itu pernah dijadikan lagu tema untuk drama bersiri Kekasihku Puyu di saluran TV3 tahun lalu.

"Saya sedar yang lagu saya jarang diputarkan di corong radio. Tak dinafikan rasa kecewa jugalah. Mungkin kerana trend muzik dan citarasa pendengar sekarang sudah berbeza. Tapi saya percaya rezeki tu ada di mana-mana.

"Walaupun tidak diputarkan di radio namun ada juga beberapa tawaran yang mahukan single saya dijadikan soundtrack untuk drama-drama sebelum ini. Apa yang penting lagu saya tetap diputarkan di stesyen televisyen," luahnya lagi.

Namun begitu, Rizal berkata dia masih lagi tidak tidak pernah melupakan bidang nyanyian kerana dia kini dalam proses untuk mencari material yang sesuai untuk single terbarunya.

"Terus-terang saya masih tidak berputus asa untuk melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan kini dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru.

"Saya cuba untuk mengikut rentak kegemaran pendengar muzik terkini dan cuba mengimbangniya dengan muzik pilihan saya," tambanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rizal baru sahaja selesai penggambaran telefilem Bertemu Kasih bersama Zizan Nin dan Juliana Ibrahim.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: