Kareena Kapoor Tak Jadi Kahwin Saif Ali Khan?

berita | Luar Negara

Kareena Kapoor Tak Jadi Kahwin Saif Ali Khan?

addthis kongsi icon

MUMBAI, 27 JULAI 2012: Selepas 5 tahun menjalinkan hubungan cinta, bintang Bollywood Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor dilaporkan akan berkahwin pada 16 Oktober ini.

Sekurang-kurangnya itulah yang telah disahkan ibu kepada Saif Ali Khan, Sharmila Tagore. Namun, Saif Ali Khan mengatakan yang sebaliknya. Kakak Saif Ali Khan, Soha pula memberitahu, dia langsung tidak tahu apa-apa.

Hal ini menimbulkan pertanyaan, adakah perkahwinan Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor ini akan berlangsung? Kini, beberapa tabloid hiburan di Mumbai menganggap bahawa segala drama ini sebenarnya telah dicetuskan sendiri oleh bakal pengantin iaitu Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.

Hakikatnya, mereka sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin buat masa ini, termasuklah pada tarikh yang telah diumumkan Sharmila Tagore sebelum ini. Mari kita tinjau sebab apa drama ini tercetus.


Punca sebenar drama ini tercetus?
Ia sebenarnya berpunca daripada Kareena Kapoor. Aktres sensasi yang juga adik kepada Karisma Kapoor ini dilaporkan memang sengaja melambatkan perkahwinannya dengan Saif Ali Khan kerana tidak mahu kehilangan beberapa projek filem yang besar.

Kareena yang bakal muncul dengan filem Heroin pada 21 September yang juga jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya percaya bahawa kerjaya lakonannya kini sedang memuncak.

Banyak projek filem besar yang menantinya termasuk sebuah filem bersama aktor Imran Khan. Dia juga tidak bersedia untuk membiarkan pelakon wanita lain yang sedang meningkat naik untuk mengambil alih tempatnya.

Lebih-lebih lagi selepas pengarah Sanjay Leela Bhansali mengeluarkan kenyataan bahawa tiada aktres berkahwin yang akan memegang watak Juliet dalam filem terbaru arahannya, jadi ia memaksa Kareena untuk memberikan tumpuan terhadap kerjaya seninya dulu.

Sebagai kekasih, Saif Ali Khan ternyata memahami situasi Kareena Kapoor serta tidak mahu Kareena berkomporomi mengenainya semata-mata kerana sebuah perkahwinan.

Apa tidaknya Saif Ali Khan juga turut berdepan dengan situasi yang sama. Kerjaya seninya juga kini semakin berada di puncak, lebih-lebih lagi selepas membintangi filem Cocktail.


Apa Kata Saif Tentang Perkahwinannya?
"Saya tidak dapat mengesahkan tarikhnya sekarang ini. Mungkin beberapa bulan lagi daripada sekarang. Apa yang penting ialah Cocktail dan kalau boleh saya mahu pisahkan kerjaya saya dengan kehidupan peribadi saya.

"Malah, sebenarnya saya masih belum menetapkan tarikh perkahwinan saya lagi dan saya akan berjumpa dengan ibu bapa Kareena untuk menetapkannya. Tempatnya pun masih belum diketahui. Tapi mungkin ia akan diadakan pada hujung tahun.

Saif membuat kenyataan ini sejurus selepas ibunya, Sharmila mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya itu bakal berkahwin dengan Kareena pada 16 October ini.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: