LOS ANGELES, 25 JULAI 2012: Nampaknya, rapper Kanye West benar-benar mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan sosialis dan bintang, Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian.
Buktinya, Kanya West telah pun merancang untuk membelikan sebentuk cincin pertunangan untuk kekasih hatinya itu.
Perkara tersebut diberitahu sendiri oleh Kanye West kepada orang-orang terdekatnya. Sumber memberitahu, pelantun 'Gold Digger' itu telah meminta seorang pereka barang kemas ternama untuk menghasilkan cincin pertunangan tersebut.
Kanye West mahupun sebentuk cincin yang betul-betul istimewa yang mana ia akan menggunakan berlian dan batu rubi milik mendiang ibunya, Donda yang meninggal pada 2007 lalu.
"Kanye telah memilih beberapa barang kemas milik Donda yang paling mahal, termasuk beberapa anting berlian dan cincin rubi," tutur sumber itu.
Kanye berasakan dia telah menemui cinta yang tulus daripada Kim. Disebabkan itu, dia menganggap Kim Kardashian sangat layak untuk mendapatkan beberapa barangan kemas milik ibunya itu.
berita |
Luar Negara
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










