Hamil Tak Halang Juliana Ibrahim Kembali Aktif

berita | Tempatan

Hamil Tak Halang Juliana Ibrahim Kembali Aktif

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2012: Meskipun sedang hamil tiga bulan, pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim akui dia tetap akan meneruskan niatnya untuk kembali aktif dalam dunia seni hiburan tanah air.

Tidak mahu memberi alasan kepada kerjaya pilihannya itu, Juliana Ibrahim berkata dia akan meneruskan tawaran berlakon yang diterima atau bakal diterima kelak seperti biasa jika dia masih boleh diterima dalam keadaan dirinya sudah berbadan dua.

"Kerja dan anak, kedua-duanya adalah rezeki, saya tidak mampu menolaknya. Malah saya tidak rasa ada masalah untuk saya aktif ketika hamil. Malah saya memang merancang untuk hamil anak ketiga tahun ini juga.

"Walau bagaimana pun saya masih menerima tawaran berlakon yang mana terdaya seperti biasa dan tidak akan memberi alasan hamil untuk tidak bekerja.

"Jika tawaran untuk diterima berlakon tergendala pun saya tidak kisah kerana bagi saya rezeki ada sahaja di mana-mana," katanya kepada murai.com.my ketika majlis Amal Berbuka Puasa Aquila Emas bersama anak-anak yatim, di Hotel The Federal, minggu lalu.

Juliana Ibrahim yang mengahwini jejaka warga Belanda, Pelle Aardewerk pada tahun 2007 telah dikurniakan dua orang anak iaitu Luna Alyssa, 3, dan Alaia Zahira, 2.

Sementara itu, pelakon Gubra ini juga turut meluahkan rasa rindunya selama ini untuk kembali berlakon dan mengacara seperti dulu.

"Sebenarnya saya sudah mula berazam dari tahun lalu untuk kembali berlakon kerana saya sangat merindui kerjaya lakonan dan juga pengacaraan yang saya sudah tinggalkan dahulu.

"Terbaru, saya baru sahaja menjalani penggambaran telefilem Bertemu Kasih terbitan syarikat produksi yang menaungi saya iaitu Aquila Emas sendiri.

"Selepas ini banyak lagi perancangan Aquila Emas untuk menonjolkan diri saya kembali dalam industri," beritahunya lagi.

Dalam perkembangan lain, Juliana bakal muncul dalam filem arahan Datuk Zahim Al Bakri berjudul Spilt Gravy On Rice selain drama bersiri I Eat KL.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: