KL, 27 JULAI 2012: Dalam pada Murai Batu tengah sibuk mencari kesahihan mengenai percintaan penjaga gol Sabah, Syed Adney bersama pelakon cantik Siti Saleha, Murai Batu didatangi pula dengan sekeping gambar mesra kapten bola skuad kebangsaan, Safiq Rahim bersama seorang selebriti tempatan.
Lebih mengejutkan Murai Batu, gambar berkenaan bukanlah foto mesra Safiq dengan gadis biasa tetapi ia adalah gambar Safiq bersama selebriti dan sosialis bernama Arafah Edruce yang dikatakan punya pertalian dengan penyanyi Camelia.
Di samping foto berkenaan, ada suara berbisik di telinga Murai Batu memberitahu ketika gambar ini di ambil, Safiq sedang hangat dilamun cinta dengan selebriti berkenaan.
Malah, ada juga sumber memberitahu foto yang tersebar ini dirakam sewaktu Safiq Rahim menyambut sambutan hari ulang tahun kelahirannya pada 5 Julai lalu. Bagaimanapun, Murai Batu tidak pasti adakah dakwaan ini benar atau pun tidak.
Yelah, bagi setengah pihak, gambar sebegini seolah-olah seperti gambar biasa yang dirakamkan daripada seorang peminat terhadap bintang idolanya.Pun begitu, Murai Batu tertanya-tanya, siapakah yang peminat dan siapa pula yang diminati dalam kes gambar ini?
Yang penting, kedua-dua figura ini dikenali ramai kerana mereka merupakan selebriti. Jika benarlah mereka bersama, Murai Batu doakan mereka bahagia. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput ye.
MURAI BATU: Doakan Khairul Fahmi cepat sembuh dan dapat beraksi di perlawanan Malaysia menentang Manchester City pada 30 Julai ini.






.jpg)


