LOS ANGELES, 25 JULAI 2012: Sosialis Kim Kardashian yang terkenal menerusi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan telah memberitahu ibunya, Kris Jenner supaya tidak masuk campur dengan hubungannya bersama rapper, Kanye West.
Kim Kardashian, 31, dikatakan membuat tindakan tersebut kerana tidak mahu keluarganya melakukan apa-apa yang boleh merosakkan hubungan cintanya dengan Kanya West yang kini telah berputik.
"Kim telah memberitahu ahli keluarganya terutama ibunya, Kris Jenner supaya tidak masuk campur dalam hubungannya. Dia tidak mahu Kris atau pun sesiapa pun di dalam keluarganya memberitahu apa yang perlu dia perlu buat atau lakukan di hadapan pihak umum terhadap Kanye.
"Menurut Kim, dia tahu bagaimana untuk memastikan sesebuah hubungan itu menjadi kuat dan padu tanpa seseorang pun cuba memberitahu apakah perkara yang tepat atau terbaik yang perlu dilakukannya.
"Kim memang sangat mempercayai ibu dan adik dan kakaknya, Khloe Kardasahian and Kourtney Kardashian, lebih-lebih bila ia melibatkan soal-soal nasihat yang berkaitan dengan bisnes dan hubungan cinta, namun kali ini, dia mahu melakukan apa yang dia mahu lakukan tanpa dibebani desakan daripada orang lain.
"Senang cakap, Kim mahu merasai bagaimana menguasai Kanye tanpa dipengaruhi oleh orang lain," kata satu sumber memberitahu.
berita |
Luar Negara
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 1
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 1 Komen
Are u still can be use Kim? Every man have tasted u.
huh~ - 25-Jul-2012
- Terhangat
- Terkini
- iPad Mini & Samsung Galaxy S4 untuk dimenangi di dlm Peraduan Food Stailista.
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










