Jualan Mega Eranzi Sempena Aidilfitri

ramadhan & raya 2012 | Fesyen Stailista R&R

Jualan Mega Eranzi Sempena Aidilfitri

addthis kongsi icon

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2012: Dengan bahang Hari Raya Aidifitri yang kian terasa walaupun baru berada dalam minggu pertama, laman online shopping Eranzi kini memberikan anda tawaran hebat yang tidak mungkin anda tolak.

Tanpa perlu berbuat apa-apa anda telah mendapat voucher bernilai RM 100 jika anda mendaftar sebagai ahli Eranzi. Ia semudah dengan hanya melawati http://www.eranzi.com/user/register dan mendaftar sebagai ahli Eranzi.

Setelah selesai, periksa peti email anda untuk email pengesahan daripada Eranzi. Dalam email yang sama anda akan menerima kod bagi voucher yang bernilai RM 100. Masukkan kod voucher tersebut ketika anda hampir menyelesaikan pembelian dalam 'shopping bag' anda. Semudah itu anda mendapatkan diskaun sebanyak RM 100 daripada barangan mewah daripada Eranzi.

Namun untuk para ahli juga tidak perlu gusar, Eranzi sedang mengadakan Grand Sale bermula sekarang sehingga 20 Ogos 2012. Untuk pengetahuan anda ada beberapa item yang telah mendapat potongan harga sehingga 70%. Sudah pastinya anda mendapat potongan bagi barangan mewah berkualiti tinggi seperti Prada, Gucci, Balenciaga dan banyak lagi.

Di sini ada beberapa barangan yang kami rasakan menarik dan cantik untuk anda jejaka dan wanita diluar sana.

Wanita

Bagi mereka yang bakal menggayakan baju Kurung, dompet Saffiano rona merah jambu fabric kapas daripada Prada ini pasti kena dengan gaya ayu anda. Masih tergolong dalam kategorri chic dan ia juga hadir dalam 10 ruang penyimpanan buat kad kredit dan pelbagai kad anda. Ia juga dilengkapi ruang penyimpanan duit syiling. Sentuhan emas pada logo, hanya RM 1499 untuk tampil bergaya mewah dan yang menarik ia telah diturunkan harga pada RM1399.

Bagaimana pula dengan Gucci, sudah pasti ramai yang menggemari produk daripada himpunan label ini. Diperakui oleh Tyra Banks bahawa ia adalah jenama high-fashion, Eranzi mahu mengesyorkan Monogram Canvas Gucci Tote. Tas yang penuh versatility ini memang sesuai untuk digayakan ketika bekerja atau sebarang acara formal. Harga asal bagi tas mewah ini adalah RM 6610 dan mampu anda miliki kini pada haraga RM5499 dan ia merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan.

Berbicara tentang tas Longchamp yang menjadi kegilaan diseluruh dunia kerana praktikal dan harga yang sangat berpatutan. Pasti mata terarah pada Planetes Tote Bag rona merah ini. Sudah pasti ia adalah potongan klasik Longchamp dan mudah untuk digayakan pada hari Raya. Jika mahu sedikit kelainan mungkin Repltiligne Toile Tote bercetak kulit ular kena dengan personality anda. Keduanya sangat menarik dan boleh didapatkan pada harga RM999.

Seperti namanya juga, tas daripada Tory Burch ini kecil dan menarik. Amanda Mini Satchel boleh anda bawa kemana sahaja dalam pelbagai gaya. sebagai beg silang mahupun tas biasa. Lengkap dengan cermin bagi meeka yang mahu sentiasa kelihatan kemas. Tidak lupa dengan harga yang telah diturunkan daripada RM 2399 kepada RM 2159.10.

Burberry turut termasuk dalam senarai apabila Burberry Nova Check Tote dapat dibeli dengan harga semurah RM2415 berbbanding harga sebelum RM 2515. Menjelang Syawal nan mulia ini ia mungkin boleh dijadikan hadiah buat ibu, teman wanita atau isteri. Mungkin ketika ini anda mahu berkongsi keceriaan dengan mereka yang tersayang?

Mahukan kelainan dan tampil stailo ? Balenciaga adalah pilihan yang tepat buat anda, The Classic City dalam rona indigo bakal mengindahkan penampilan anda. Diperbuat daripada lambskin, berkualiti tinggi dan cantik. Tawaran hebat ini khas buat anda pada harga RM4599 berbanding sebelumnya RM5490.

Lelaki

Buat jejaka juga tidak dilupa, anda juga boleh bergaya mewah di hari raya kelak. Dompet kulit daripada Prada begitu stailo dan praktikal. Memiliki ruang penyimpanan yang luas untuk wang dan kad-kad anda dan ia dijual pada harga RM 1199.

Mungkin anda mahu yang lain, Ferragamo pasti memuaskan selera fesyen anda dengan gaya classy dan matang yang ditawarkan. Ia mempunyai klip bagi memberi kemudahan untuk anda menyimpan wang anda dan beberapa slot untuk kad anda. Dengan logo di dompet, ia sangat unik dan mewah dan kini dijual apda harga RM799 berbanding RM899 sebelumnya.

Anda sudah melihat bukan pelbagai tawaran hebat bakal menjadi milik anda hanya di Eranzi. Jadi jangan lupa untuk mengunjungi laman Eranzi bagi mendaftarkan sebagai ahli untuk mendapatkan diskaun voucher yang bernilai RM100 dan ajaklah ahli keluarga dan teman anda untuk berbelanja semasa Eranzi Grand Sale yang sedang berlangsung kini. Lawatilah http://www.eranzi.com/ untuk mendapatkan butir-butir lanjut.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: