LOS ANGELES, 24 JULAI 2012: Selepas seminggu Jennifer Lopez dan Steve Tyler mengumumkan bahawa mereka akan meninggalkan American Idol, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat mereka.
Namun, bernula hari semalam, pihak produksi American Idol sudah pun membuat pengumuman bahawa penyanyi Mariah Carey akan menggantikan tempat Jennifer Lopez dalam program realiti hiburan popular Amerika Syarikat ini untuk musim yang terbaru.
"Saya sangat teruja untuk menyertai Idol. Saya tiak sabar untuk memulakan tugas untuk beberapa bulan," kata penyanyi We Belong Together ini dalam satu temubual yang dibuat menerusi telefon sewaktu di Beverly Hills.
Pemenang 5 kali Grammy ini juga memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk bekerja di studio untuk pembikinan album baru dan juga single pertamanya, Triumphant yang akan diluncurkan awal bulan depan.
"Saya tidak sabar untuk mencurahkan tenaga kreatif saya terhadap program TV ini yang sudah pun menjadi fenomena di seluruh dunia," katanya.
Menurut TMZ pula, Mariah Carey, 42, akan dibayaw sebanyak USD12 juta untuk tugasannya sebagai juri (jumlah yang sama diperolehi Jennifer Lopez sewaktu dia muncul dalam musim yang pertama), namun ada juga yang melaporkan bahawa dia hanya mendapat USD17 juta sahaja.
Nyata ia tetap sedikit jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima Jennifer Lopez pada musim kedua iaitu sebanyak USD20 juta. Jennifer LOpez dikatakan mahu produksi American Idol menambahkan USD2 juta untuk bayarannya di dalam musim yang ketiga tetapi apabila ianya tidak berlaku, dia terus mengambil keputusan untuk meninggalkan program tersebut.
Pemilihan Mariah Carey menggantikan tempat Jennifer Lopez dianggap sebagai sesuatu yang cukup menarik kerena kedua-dua penyanyi ini dilaporkan sudah lama bermusuhan, biarpun tiadk diketahui apa sebabnya mereka tidak sebulu.
Namun ketika ditanya Mariah Carey beberapa tahun yang lalu tentang Lopez, Carey menjawab: "Saya tidak tahu tentang dia". Malah Carey juga pernah keluarkan kenyataan bahawa dia sanggup berkongsi pentas dengan seekor khinzir daripada Lopez.
Apabila nama Carey disebut-sebut sebagai pengganti Jennifer Lopez, suami Carey, Nick Canon mengeluarkan kenyataan: "Saya tidak tahu sama ada mereka mampu membayar Mariah Carey atau tidak. Kalau mereka bayar USD20 juta kepada Jennifer Lopez, mereka mungkin harus memberikan bayaran yang berganda daripada jumlah tersebut".
Walaupun kebanyakan peminat Mariah Carey seronok mengetahui bahawa penyanyi kesayangan mereka itu bakal menyertai Idol, namun mereka yang terlibat secara langsung di dalam program ini pula berasakan sebaliknya.
Kebanyakan mereka memberitahu bahawa bekerja dengan diva itu adalah saat yang cukup mengerikan. Mariah Carey pernah bertindak sebagai Mentor terhadap peserta musim 7 pada 2008. Bukanlah Carey langsung tidak okey sepanjang terlibat di dalam show tersbeut tetapi dia terlalu cerewet dan asyik mempersoalkan setiap benda dengan begitu mendalam.










