Anugerah BlockBuster 2012: Aaron, Zizan Sah Menang?

gosip | Gosip kita

Anugerah BlockBuster 2012: Aaron, Zizan Sah Menang?

addthis kongsi icon

KL, 26 JULAI 2012: Walaupun masih belum ada kata putus daripada pihak penganjur sama ada filem Nasi Lemak 2.0 layak dipertandingkan di Anugerah Blockbuster 2012 atau tidak, namun Murai Batu mendapat tahu ramai yang sudah membuat ramalan tentang pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di dalam anugerah tersebut.

Lebih-lebih lagi nama pemenang dipilih seratus-peratus berdasarkan undian SMS dari peminat. Walaupun pihak penganjur akan mencalonkan 10 nama untuk setiap kategori sebelum memilih calon Top 5, Murai Batu rasa sudah secara automatiknya calon Top 5 untuk kategori Hero Popular sudah ada senarainya.

Mengikut ramalan Murai Batu, 5 calon sah yang akan berada dalam kategori ini adalah Aaron Aziz, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Bront Palarae. Malah, Murai Batu merasakan kemenangan hanya akan berpihak kepada Aaron Aziz atau pun Zizan Razak saja.

Ramalan ini bersandarkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 yang dianjurkan baru-baru ini. Begitu juga Zizan yang memenangi kategori pengacara popular dan banyak muncul sebagai hero filem.

Selain kategori hero, kategori pengarah juga seperti sudah dapat dibaca kerana ia mencalonkan 3 pengarah yang menjadi kegemaran ramai iaitu semestinya ada Syamsul Yusof, Piere Andre dan Farid Kamil.

Apapun, Murai Batu yakin sesuatu kejutan akan berlaku sekiranya peminat bijak menilai. Malah, Murai Batu yakin dengan kata-kata pencetus anugerah ini iaitu Norman Abdul Halim yang mengatakan anugerah ini seperti kempen pilihanraya untuk mereka yang melibatkan diri dalam bidang perfileman tempatan.

MURAI BATU: Rasanya kalau anugerah kontrovesi, siapa boleh terima ye?

Komen-Komen | 8

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





sudah2 la nk sokong ARTIS LUAR yg tak seberape niii...JOM ramai meh sokong artis malaysia yg lebih berbakat terutamanya Zizan Razak(rajalawak),Shaheizy Sam,Remy Ishak, dan ramai lg la yg hencem n bbakat okayyy...:D
mynews - 28-Jul-2012

ErM Go ZiZaN BuT ArOn BeSt aROn ArK cOuSe DiA BeSt n hEnSeM
SPoNgeBoB - 28-Jul-2012

aaron ngan zizan x layak pun....sam yg sepatutnye terima anugerah tu & anugerah yg aaron dpt sebelum ni......sam mcm2 watak dia dah buat semua menjadi...
isha - 27-Jul-2012

zizan mcm kera kena belacan....over jer
manja - 27-Jul-2012

AAron is allROunder!
nurjones - 27-Jul-2012

1 2